I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ganjaran Boleh ‘Rosakkan’ Atlet : Berasas Atau Tidak?
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ganjaran Boleh ‘Rosakkan’ Atlet : Berasas Atau Tidak?

Nur Afifah 7 Mei 2021
Kongsi
7 Min Bacaan
Kongsi

Ada yang mengatakan bahawa ganjaran tidak patut diberikan setiap kali atlet memenangi kejohanan.

Ganjaran Boleh ‘Rosakkan’ Atlet : Berasas Atau Tidak? Beberapa hari yang lalu, nama negara kembali diharumkan semula oleh kemenangan atlet terjun Sarawak, Pandelela Rinong yang berjaya memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam kejohanan dunia FINA.

Walaupun kejayaan ini menjadi kebanggaan dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia, namun ada pula ‘cakap-cakap’ yang tidak senang didengar daripada seorang menteri di Sarawak.

via GIFER

Menerusi keratan laporan akhbar The Borneo Post, Menteri Belia, Sukan dan Budaya Sarawak, YB Abdul Karim Hamzah tidak bersetuju sekiranya Pandelela diberikan gelaran Datuk di usia yang terlalu muda. Sebaliknya, atlet yang berasal dari Kampung Jugan, Bau ini akan diberikan insentif berbentuk wang tunai dan tidak mahu terlalu menghebahkannya kepada orang ramai.

Tambah Karim lagi, ganjaran yang diberikan kepada atlet setiap kali mereka memenangi sesuatu adalah sesuatu yang boleh merosakkan mereka. Apa yang menyedihkan, kenyataan ini dibuat oleh menteri belia dan sukan yang sepatutnya memberikan sokongan dan motivasi kepada anak muda termasuklah atlet.

Ganjaran Boleh 'Rosakkan' Atlet : Berasas Atau Tidak?
Ganjaran Boleh ‘Rosakkan’ Atlet : Berasas Atau Tidak? Keratan akhbar The Borneo Post baru-baru ini.

Tiada masalah beri gelaran ‘Datuk’ kepada atlet muda

Bagi penulis, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang atlet yang mengecapi kejayaan yang besar di awal karier diberikan ganjaran dan pengiktirafan yang setimpal. Gelaran Datuk sememangnya layak diberikan jika seseorang individu mengecapi kejayaan yang bukan sahaja mengharumkan nama negeri tetapi juga negara.

Alasan yang diberikan seperti gelaran Datuk tidak sesuai kerana faktor usia atau bimbang seseorang itu tidak selesa dipanggil dengan gelaran tersebut semasa berada di luar adalah tidak berasas kerana tidak ada tabu atau tulah sekiranya mereka tidak dipanggil dengan gelaran sebegitu. Gelaran hanyalah sekadar gelaran. Begitu juga dengan gelaran lain seperti doktor sama ada doktor dalam bidang perubatan mahupun doktor yang diperolehi daripada ijazah kedoktoran (PhD). Ia tidak akan mengubah realiti dan kebiasaan dalam hidup seseorang individu.

Sebaliknya, semua itu bergantung kepada individu yang menerima gelaran tersebut. Terserah kepada seseorang individu itu menentukan sama ada ingin menggunakan gelaran tersebut dalam kehidupan seharian atau sekadar gelaran di atas kertas dan majlis formal. Jika ia hanya sekadar gelaran formaliti, pasti ia tidak akan mengganggu interaksi seharian individu tersebut. Malah, kadang-kadang, boleh jadi mereka tidak ingat pun bahawa mereka mempunyai gelaran ‘Datuk’ di hadapan nama mereka sekiranya mereka meneruskan hidup seperti biasa.

Gelaran Datuk di Sarawak diperolehi menerusi pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang

Di Semenanjung, ramai individu muda yang dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Malah, ada di antaranya dikurniakan darjah kebesaran tanpa diketahui oleh umum jasa dan sumbangannya kepada negara. Jadi, tidak ada salah sekiranya gelaran ini diberikan kepada individu muda yang terang-terangan mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Gelaran Datuk di Sarawak diperolehi apabila seseorang diberikan pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang.

Ganjaran Boleh 'Rosakkan' Atlet : Berasas Atau Tidak?

Kejayaan besar seperti yang dikecapi oleh Pandelela Rinong ini sepatutnya diraikan dengan pengumuman insentif tambahan yang telus dan jelas daripada kerajaan Sarawak dan bukannya sembunyi-sembunyi seperti yang dimaklumkan oleh YB Abdul Karim Hamzah. Adakah usaha dan penat lelah Pandelela hanya patut diraikan dengan menghulur sampul di tangan belakang?

Harapan dan ucapan untuk menaikkan semangat adalah tidak cukup

Harapan dan ucapan semata-mata tidak mencukupi untuk membangkitkan semangat anak muda mengikut jejak langkah Pandelela. Sesiapa sahaja boleh melakukan itu. Suatu bentuk pengiktirafan yang lebih jelas dan istimewa perlu dibuat bagi menghadirkan rasa keterujaan dan motivasi dalam kalangan atlet Sarawak. Walaupun benar seseorang atlet itu akan terus meningkatkan prestasi sekiranya mereka benar-benar meminati perkara yang dilakukan, namun ada masanya atlet memerlukan dorongan dan sokongan untuk terus bergerak ke hadapan.

Terlalu ramai bekas atlet yang kini hidup melarat dan tertolak dalam golongan B40 kerana mereka tidak diberikan penghargaan dan ganjaran yang setimpal oleh kerajaan. Lebih malang, ada yang menjanjikan bulan dan bintang namun akhirnya sepi tanpa berita. Masa depan atlet bukan seperti penjawat awam. Cukup tahun dan masa bersara, pencen diberi sehingga akhir nyawa.

Berikut adalah contoh kisah atlet terpinggir setelah bersara dari karier sukan mereka :

Tiba masanya untuk kerajaan pertimbang elaun bersara atlet

Atlet mengorbankan masa dan tenaga untuk mengharumkan nama negara. Namun jika malang tidak berbau seperti mengalami kecederaan yang menghalang mereka untuk beraksi, karier mereka akan terhenti serta merta. Tiada jaminan lain untuk mereka melainkan wang ganjaran daripada kemenangan yang mereka menangi sebelum ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan elaun bersara untuk para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara sebagai ganjaran jika mereka kikir untuk mencalonkan nama atlet ini sebagai penerima gelaran daripada kerajaan.

Di mata masyarakat, gelaran ini sebenarnya adalah suatu bentuk keikhlasan kerajaan dalam mengiktiraf individu berjaya selain daripada memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai dan sebagainya. Jika usia menjadi penghalang untuk membolehkan ganjaran sebesar ini dihadiahkan, ini bermakna golongan dari kerajaan masih menganggap bahawa generasi muda (terutamanya yang berusia di bawah 30 tahun) di Malaysia adalah generasi yang masih mahu bersuka ria dan tidak matang.

Ganjaran Boleh 'Rosakkan' Atlet : Berasas Atau Tidak?

Jika mentaliti seperti ini masih berakar umbi, maka tidak hairanlah jika golongan muda tidak diberi peluang untuk mengemudi kepimpinan negara kerana mereka menganggap orang muda masih mentah dan tidak berpengalaman. Pengalaman yang baik hanya boleh dipelajari, bukan diberi dan disuap. Barangkali istilah “belia” hanya untuk mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Pendapat ini tentunya bukan firasat penulis seorang sahaja. Tangkap layar daripada netizen ini juga mengatakan perkara yang sama. Jadi, renung-renungkanlah.

Pergi ke kedai membeli cincau…

Ganjaran Boleh 'Rosakkan' Atlet : Berasas Atau Tidak?
Sumber : FB YB Abdul Karim

Penafian : Artikel ini hanya menggambarkan pandangan peribadi penulis dan bukannya pihak I Love Borneo.

Apa-apa pun, tahniah Pandelela! Kami sentiasa di belakang menyokong anda.

Nur Afifah 7 Mei 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Di Sabah Dilarang Rentas Daerah Mulai 10 Mei Ini
Next Article Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Cerita Borneo

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

10 Ogos 2022
Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
Cerita Borneo

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?