• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam

Oleh
Aina Musa
18 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam

Padah muat naik komen berunsur hinaan

Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam. Gelombang kontroversi telah melanda media sosial apabila seorang pengguna yang dikenali sebagai Ricky Shane Cha didapati menulis komen yang menghina agama Islam di platform Facebook pada Sabtu lalu.

Komen yang ditulis oleh Ricky Shane Cha telah menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan ramai pihak, terutamanya umat Islam di seluruh negara. Komen tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai isu stoking yang terdapat kalimah ALLAH yang dijual di beberapa premis kedai serbaneka KK Super Mart baru-baru ini.

Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam. Sumber: FB

Pada Ahad, Ricky Shane Cha yang berasal dari Sabah telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Facebooknya yang telah diikuti oleh ribuan pengguna.

“Saya Ricky Shane memohon ampun terhadap warga-warga Muslim atas kesalahan yang saya buat tentang isu tular (baru-baru ini).

“Saya amat kesal atas perbuatan cuai saya dan mohon semua muslim memaafkan saya dengan seikhlas hati atas segala hantaran dan komen saya selama ini,” tulisnya.

Ricky Shane Cha turut mengakui bahawa beliau telah memeluk agama Islam dua tahun yang lalu dan menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak mencerminkan nilai-nilai seorang Muslim yang sejati.

“Sebenarnya saya mualaf sudah dua tahun, masih banyak perlu saya belajar dan hormat terutamanya agama Islam.

Ricky Shane Cha juga menekankan bahawa beliau bersedia untuk belajar dan memperdalam pemahaman tentang agama Islam serta berharap agar bulan Ramadan yang akan tiba dapat menjadi peluang untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain.

“Saya minta agar kamu faham kita manusia biasa buat kesilapan dan saya minta ampun agar bulan Ramadan ini, kita boleh bermaaf-maafan antara satu sama lain.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang besar ini dan akan bertaubat. Sekali lagi saya minta maaf kepada yang terlibat,” katanya.

Melalui satu video yang tersebar luas di media sosial, rumah Ricky Shane Cha telah dikepung oleh orang awam selama enam jam sebelum beliau akhirnya dibawa ke balai polis berdekatan bagi proses siasatan lanjut.

Pihak berkuasa masih menyiasat kes ini dengan lebih terperinci bagi memastikan keadilan ditegakkan dan langkah-langkah yang sewajarnya diambil.

Baca lagi artikel menarik:

Netizen Claim Pelari Cilik Sabah Ini Berasal Dari Indonesia Lepas Cipta Nama Di Australia
Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching
Next Article Remaja Lelaki Serah Diri Setelah Buat Provokasi Di Jalan Demak Remaja Lelaki Serah Diri Setelah Buat Provokasi Di Jalan Demak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?