• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Kacau Bini Orang, Lelaki Sabah Sikit Lagi Nak Putus Kaki Lepas Dikapak

Oleh
ILB - AI
11 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki diserang sebab kacau isteri orang di Sabah

Padah Kacau Bini Orang, Lelaki Sabah Sikit Lagi Nak Putus Kaki Lepas Dikapak. Baru-baru ini, satu hantaran video tular memaparkan seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak seorang lelaki yang berada di dalam kereta sedang diparkir di hadapan Menara Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook My Sabah itu difahamkan lelaki tersbeut berang kerana mengetahui mangsa cuba mengganggu isterinya.

Padah Kacau Bini Orang, Lelaki Sabah Sikit Lagi Nak Putus Kaki Lepas Dikapak
Sumber: facebook

Menetak berulang kali guna kapak

Dalam pada itu, menerusi rakaman berdurasi 20 minit itu, lelaki itu meluru ke arah kereta mangsa dan menetaknya berulang kali menggunakan kapak sehingga menyebabkan dia tidak mampu mengelak amukan si suami tersebut.

Dalam pada masa yang sama, menurut sumber, kelihatan seorang wanita yang turut berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan cuba untuk membawa wanita itu keluar dari kereta dengan memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan dan belakang kereta.

Susulan situasi tegang itu, sebelum meninggalkan lokasi kejadian, lelaki tersebut dilihat berjaya memecut keretanya.

Padah Kacau Bini Orang, Lelaki Sabah Sikit Lagi Nak Putus Kaki Lepas Dikapak
Sumber: facebook

Kes masih dalam siasatan

Manakala, memetik laporan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan bahawa terdapat laporan diterima berhubung kejadian tersebut.

“Ada laporan, masih dalam siasatan. Kenyataan media akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya menerusi sumber.

Baca juga aritkel yang berkaitan:

Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu
Rosakkan Pintu Surau, Polis Tahan Lelaki Mengamuk Bunyi ‘Speaker’ Kuat Ketika Tarawih
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diseret Alza, Budak Sekolah Naik Basikal Lawan Arus Sempat Dirakam Dashcam Netizen Diseret Alza, Budak Sekolah Naik Basikal Lawan Arus Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Next Article 'Majikan Dari Neraka', Pembantu Rumah Dedah Diseksa Dan Dipaksa Makan Najis Anjing Oleh Majikan ‘Majikan Dari Neraka’, Pembantu Rumah Dedah Diseksa Dan Dipaksa Makan Najis Anjing

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?