• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
1 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Warga emas menjadi mangsa keganasan remaja berusia 15 tahun yang bertindak menetaknya menggunakan parang kerana ditanya “kamu anak siapa?”.

Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu. Kejadian yang amat mengejutkan itu berlaku di Sibu apabila seorang remaja berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menetak jirannya yang merupakan warga emas semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, suspek ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa di Sungai Naman, Durin, Sibu.

Kejadian berlaku sekitar jam jam 8.30 pagi, ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang mencabut rumput berhampiran longkang di rumahnya sebelum didatangi suspek lalu menetakny, menurut Stanley.

Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu
Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu. Mangsa bersama suami.

Suspek menetak tangan wanita itu dan mencucuk leher mangsa

“Suspek datang dari arah kebun di tepi rumah mangsa dan terus menetak tangan wanita itu dan mencucuk leher mangsa menggunakan parang.

“Suspek tidak bercakap apa-apa dan mangsa yang ketakutan menjerit sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menjelaskan lanjut, Stanley berkata, kejadian disedari suami mangsa dan terus bertindak menghubungi pihak polis.

Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu

Mangsa mengalami luka di leher lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut

“Mangsa mengalami luka di leher, lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut. Polis turut merampas parang digunakan suspek,” katanya.

Tambahnya lagi, remaja berusia 15 tahun itu masih bersekolah dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan ibu bapanya sudah bercerai.

“Serangan suspek terhadap mangsa dipercayai disebabkan marah kepada wanita itu kerana bertanya “kamu anak siapa?” ketika suspek melalui belakang rumahnya pada 29 Januari lalu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor
Next Article Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?