Hari ini sahaja, 15 kompaun tambahan dikeluarkan berkaitan dengan Kluster ICOM Kuching
Padah Langgar SOP, 62 Kompaun Melibatkan Kluster ICOM Kuching (SWAG) Telah Dikeluarkan. Menurut siaran media rasmi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun tambahan yang melibatkan kluster ICOM Kuching. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang melibatkan kluster ini adalah sebanyak 62 kompaun.
Kluster ICOM Kuching ini juga telah mencatatkan sebanyak 48 kes positif COVID19 setakat hari ini. Kes indeks adalah seorang lelaki berusia 20 tahun dan merupakan warga tempatan Sarawak. Kes dilaporkan mendapat jangkitan ketika menghadiri satu perjumpaan makan malam di sebuah restoran di City One dan kemudian ke sebuah Bistro yang terletak di Jalan Song, Kuching pada 13 April lalu.
Sebelum ini juga, syarikat yang berkait dengan kluster ini telah memohon maaf secara rasmi. Anda boleh baca pautan di bawah :
Sarawak mencatatkan 445 kes baharu COVID-19 pada hari ini
Sarawak mencatatkan 445 kes baharu COVID-19 pada hari ini. Sejumlah 60 peratus daripada kes hari tertumpu di Daerah Sibu, Beluru, Miri Mukah dan Selangau. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (98), Beluru (51), Miri (41), Mukah (40), Selangau (37), Bintulu (31), Kuching (26), Samarahan (22), Serian (20), Julau (12), Kanowit (12), Subis (11), Limbang (10), Tebedu (8), Kapit (6), Meradong (4), Song (3), Tatau (3), Belaga (2), Bau (2), Bukit Mabong (2), Saratok (1), Sebauh (1), Asajaya (1) dan Betong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,104 kes.
Daripada 445 kes baharu yang dilaporkan, seramai 56 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Hari ini juga terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID19 telah meningkat kepada seramai 180 orang.
4 kluster baru juga dicatatkan hari ini
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu di Daerah Beluru, Sebauh, Bintulu dan Selangau. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:
1.Kluster Long Jegan, Beluru
Merupakan satu kluster yang melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebuah sekolah rendah di Long Jegan, dalam Daerah Beluru. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-26,339 merupakan seorang cikgu lelaki berumur 25 tahun dari sekolah tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 22 April 2021. Manakala, sejumlah 162 individu yang telah disaring dimana:
• 57 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes,
• 98 kes dikesan negatif; dan
• 7 kes masih menunggu keputusan makmal.
2. Kluster Sungai Mas, Sebauh
Merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Mas, Sebauh. Kes indeks (No. Kes: 19,609) kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah klinik swasta di Bintulu di mana saringan RTK Antigen kes ini telah didapati positif dan telah dirujuk ke hospital Bintulu yang mengesahkan beliau positif COVID-19 melalui saringan rT-PCR. Pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepada kes indeks dan saringan bersasar di rumah panjang juga telah dilakukan. Manakala, sejumlah 230 individu yang telah disaring dimana:
• 52 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes,
• 84 kes dikesan negatif; dan
• 94 kes masih menunggu keputusan makmal.
3. Kluster Batu 25, Bintulu
Merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Batu 25, Jalan Miri-Bintulu di Daerah Bintulu. Kes indeks (No. Kes: 31,098) kepada kluster ini adalah seorang pelajar berumur 9 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah klinik kesihatan swasta pada 22 April 2021. Kes dikatakan telah melakukan kunjungan ke rumah panjang tersebut bersama keluarga beliau pada 17 April 2021 semasa sedang mengalami tanda dan gejala jangkitan. Hasil saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut, seramai 90 individu telah dikesan positif COVID-19. Manakala sejumlah 198 individu yang telah disaring dimana:
• 95 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes;
• 101 kes dikesan negatif; dan
• 2 kes masih menunggu keputusan ujian saringan.
4. Kluster Sungai Nirai, Selangau
Merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Nirai dalam Daerah Selangau di Bahagian Sibu. Kes indeks (No. Kes: 26,492) kepada kluster ini seorang perempuan berumur 25 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hopsital Sibu pada 26 April 2021 setelah dikesan reaktif saringan RTK Antigen di Klinik Kesihatan Selangau sebelum dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut pada 22 April 2021. Kes indeks yang sedang sarat mengandung mula mengalami gejala pada 11 April 2021 dan hanya melakukan pergerakan di sekitar rumah panjang sahaja. Hasil saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut, seramai 40 individu lain telah dikesan positif COVID-19. Manakala, sejumlah 66 individu yang telah disaring dimana;
• 41 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes; dan
• 25 kes dikesan negatif
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 79 kluster. Sebanyak 16 kluster telah merekodkan 117 penambahan kes baharu manakala 63 kluster tidak merekodkan penambahan kes.