• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI : Portal Berita Lapor KKM Cadang PKP Di 6 Negeri Termasuk Sarawak

Oleh
ILB - AI
1 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes Covid-19 tinggi bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

“KKM telah menyarankan kepada kerajaan negeri, pusat, dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama.

“Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumumannya akan diumumkan segera,” kata sebagai dipetik portal berita tersebut.

Ujarnya lagi , cadangan tersebut dikemukakan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 terutamanya bagi negeri-negeri yang mencatatkan angka yang tinggi.

Pada masa sama kata beliau, cadangan berkenaan dilakukan berikutan negara masih mencatatkan angka melebihi 3,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut kebelakangan ini dan tidak menunjukkan penurunan.

“Selain itu, bazar Ramadan di negeri yang terlibat dengan PKP juga perlu ditutup untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.”Kami melihat mekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja di rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi,” katanya lagi.

Sebelum ini, pernah tular poster dari Majlis Keselamatan Negara mengenai pelaksanaan PKP di beberapa buah daerah utama di Sarawak. Walau bagaimanapun poster itu diturunkan semula dan keesokan harinya diumumkan bahawa tiada perlaksanaan PKP di daerah daerah tersebut. Rujuk artikel di bawah:

Kebiasaannya di Sarawak, keputusan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID akan ditentukan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Langgar SOP, 62 Kompaun Melibatkan Kluster ICOM Kuching (SWAG) Telah Dikeluarkan
Next Article 160 Ribu Temujanji Vaksin Astra Zeneca Ditempah Dalam 2 Jam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?