• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Pasang Kamera Tersembunyi Di Tandas Pejabat, Penjaga Stor Didenda RM3000

Oleh
Farisha
4 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki didenda kerana mencabul privasi di tandas pejabat

Padah Pasang Kamera Tersembunyi Di Tandas Pejabat, Penjaga Stor Didenda RM3000. Seorang penjaga stor berusia 37 tahun telah didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memasang kamera tersembunyi di siling tandas di tempat kerjanya. Sekiranya gagal membayar denda, beliau akan menghadapi hukuman penjara selama enam bulan.

Keputusan ini telah dijatuhkan oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas Toh Lik Seng mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang mengenakan hukuman ke atas perbuatan yang bertujuan untuk mengaibkan kehormatan orang lain. Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Padah Pasang Kamera Tersembunyi Di Tandas Pejabat, Penjaga Stor Didenda RM3000
Gambar hiasan. Padah Pasang Kamera Tersembunyi Di Tandas Pejabat, Penjaga Stor Didenda RM3000

Menurut fakta kes, kejadian ini terbongkar pada 30 September 2024, apabila pengadu lelaki yang merupakan pengarah syarikat di kawasan Perindustrian Ringan Muara Tabuan, menemui kamera tersembunyi yang dipasang pada siling tandas sekitar pukul 2.30 petang.

Selepas memeriksa kad memori kamera tersebut, pengarah syarikat mendapati rakaman yang menunjukkan Toh sedang memasang alat tersebut, menurut laporan media tempatan.

Penangkapan suspek pada 1 Oktober lalu

Susulan penemuan ini, satu laporan polis dibuat yang membawa kepada penangkapan Toh pada keesokan harinya (1 Oktober). Siasatan mengesahkan bahawa Toh telah memasang kamera tersembunyi khusus di dalam tandas pekerja di premis syarikat tersebut.

Bukti video daripada kad memori kamera tersebut telah merakam wajah dan perbuatan Toh semasa memasang alat tersebut. Pendakwaan diketuai oleh Inspektor Nur Shafiga Nyaie Ilin, manakala Toh diwakili oleh peguam Chan Khoon Moh.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kamera tersembunyi di Airbnb:

Tular Isu Kamera Tersembunyi Di Airbnb Sabah, Polis Kini Sedang Kenal Pasti Pasangan Dari China
Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SFC Perjelas Bayaran Masuk Taman Negara Hanya Di Lokasi Yang Telah Diluluskan SFC Perjelas Bayaran Masuk Taman Negara Sarawak Hanya Di Lokasi Yang Telah Diluluskan
Next Article Sebelum Tukar Telco, Semak Kelajuan Talian Di Kawasan Rumah Dengan Aplikasi Jendela

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?