I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu

Oleh Husna Hazmi 12 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa dan tertuduh merupakan jiran di rumah panjang yang sama.

Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu. Dilaporkan bahawa, Mahkamah Sesyen Sibu hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun serta 12 sebatan terhadap seorang warga emas atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak lembam (slow learner).

Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu
Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu

Pengakuan bersalah tertuduh yang telah didengari Hakim Marutin Pagan

Pengakuan bersalah tertuduh yang telah didengari Hakim Marutin Pagan, Kilat Sasing berusia 60 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta empat sebatan bagi setiap pertuduhan berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan semalam.

Namun, tertuduh telah merayu agar dikenakan hukuman ringan serta kesal dengan perbuatannya dan memberitahu mahkamah dia merupakan penghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis selain perlu berjumpa doktor dan ke klinik mengambil ubat.

Tertuduh dalam rayuan tersebut turut berkata, dia menyara anaknya yang tidak bekerja selain isterinya menghidap ketumbuhan dalam otak. Kilat Sasing juga merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat memandangkan dia berusia 60 tahun.

Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu

Timbalan Pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min meminta mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa kurang upaya serta lembam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak lembam berusia 13 tahun empat bulan di sebuah bilik rumah panjang, Sungai Apong sekitar November 2021 antara jam 1 hingga 3 petang.

Pertuduhan kedua dan ketiga pula adalah, tertuduh didakwa merogol mangsa sama sekitar Disember 2021 antara jam 1 hingga 3 petang di tempat yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun berserta sebatan.

Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu

Mangsa disahkan mengandung

Berdasarkan fakta kes, pada 27 Mac 2022, kira-kira jam 7 malam, pengadu yang juga ibu kepada mangsa mendapati mangsa hilang selera makan serta sering muntah. Pengadu mengesyaki mangsa mengandung dan meminta mangsa melakukan ujian kehamilan, di mana keputusannya adalah positif. 

Mangsa kemudian memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh. Hasil laporan polis dibuat pengadu, tertuduh ditahan di pekarangan Balai Polis Pusat Sibu pada 1 April 2022, kira-kira jam 1.30 petang.

Siasatan mendapati mangsa dan tertuduh merupakan jiran di rumah panjang yang sama, di mana kejadian rogol itu berlaku di bilik milik abang ipar tertuduh. Mangsa yang mengenali tertuduh juga ingat tertuduh merogolnya sekali pada November 2021 dan dua kali pada Disember 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Payudara Tiba-Tiba 'Diterkam' Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati Payudara Tiba-Tiba ‘Diterkam’ Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati
Next Article Memiliki Dadah Semasa Serbuan, Dua Lelaki Dari Bau Ditahan Polis Memiliki Dadah Semasa Serbuan, Dua Lelaki Dari Bau Ditahan Polis

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?