• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Payudara Tiba-Tiba ‘Diterkam’ Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati

Oleh
Nazihah AN
12 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Payudara Tiba-Tiba 'Diterkam' Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati

Bulan puasa pun ada yang buat kerja terkutuk macam ni

Payudara Tiba-Tiba ‘Diterkam’ Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati. Kes gangguan seksual dan cabul adalah antara jenayah yang paling digeruni terutamanya di kalangan para wanita. Kes jenayah ini juga kerap berlaku dengan wanita yang sedang bersendirian.

Isi Isi Penting
  • Bulan puasa pun ada yang buat kerja terkutuk macam ni
  • Difahamkan ianya bukan kes pertama yang berlaku di skeitar kampung tersebut
  • Dinyatakan bahawa lelaki yang membuat gangguan seksual tersebut memakai baju sweater/ hoodie yang bercorak seperti kulit harimau putih pagi tadi
  • Lagi di sini:

Baru-baru ini telah tular di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook telah menjadi mangsa gangguan seksual di kawasan kampung Semariang Batu, Kuching ketika wanita tersebut dalam perjalanan untuk membeli bahan buat kuih.

Difahamkan melalui perkongsian mangsa tersebut, kejadian tersebut telah berlaku kira-kira 8.30 malam pada 8 April. Difahamkan juga bahawa kes ini berlaku dan telah viral dari tahun lepas.

Payudara Tiba-Tiba 'Diterkam' Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati
Payudara Tiba-Tiba ‘Diterkam’ Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati. Tangkapan layar dari Facebook

“Saya keluar rumah nak pergi kumpul duit dan beli bahan modal kuih saya.. Dalam perjalanan, berlaku dalam jam 8.40 malam.. Berdekatan dengan kawasan pertanian antara lorong 2 dan lorong 4 Kampung Semariang Batu.. Ada seorang lelaki tiba-tiba datang sebelah saya lepastu himpit saya sambil ‘terkam’ di bahagian payudara.. Benda ni dah tular tahun lepas tak silap saya.. Tapi yang pastinya saya dah terkena 2 kali.. Lepas tu lelaki tu lari. Dia belok dekat tanah merah.. kebetulan saya nak masuk kawasan tu.”
Mangsa

“Saya takut saya diekori oleh lelaki tersebut, jadi saya guna jalan besar menuju lampu isyarat. Saya bawak laju (motorsikal) takut dia kejar saya. Dalam taksedar, memang sah dia kejar saya. Tak jauh dari lampu isyarat tu saya rasa maca ada orang yang nak dekat dengan saya. Lelaki tu tak sempat berbuat apa-apa, dia terus tolak badan saya, saya hampir nak kemalangan. Bayangkan saya tengah bawak laju (motorsikal) sebab takut, dia tolak badan saya. Saya pun sempat tekan brek.”
Mangsa

Mangsa tersbeut turut menyatakan bahawa tahun lepas dia dengar lelaki tersebut menaiki motorsikal Ego berwarna hijau. Tetapi pada malam kejadian mangsa tidak pasti kerana agak gelap, berkemungkinan motorsikal Lagend, Modenas, dia pun tak pasti.

Difahamkan ianya bukan kes pertama yang berlaku di skeitar kampung tersebut

Baru pagi tadi, terdapat satu lagi kongsian di Facebook di mana seorang lagi mangsa terkena gangguan seksual yang dipercayai dilakukan oleh orang yang sama. Wanita tersebut menyatakan di laman Facebook bahawa dia patut berkongsi berkenaan dengan kejadian yang terjadi kepada dirinya awal pagi tadi untuk keselamatan para wanita di luar sana.

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi ini, pada 12 April 2022. Berikut ialah perkongsian dari mangsa:

Payudara Tiba-Tiba 'Diterkam' Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati
Payudara Tiba-Tiba ‘Diterkam’ Lelaki Asing Di Semariang Batu, Wanita Ini Beri Amaran Supaya Berhati-Hati. Tangkapan layar dari Facebook

Dinyatakan bahawa lelaki yang membuat gangguan seksual tersebut memakai baju sweater/ hoodie yang bercorak seperti kulit harimau putih pagi tadi

“Saya rasa saya perlu kongsikan untuk keselamatan Kampung Semariang Batu, kejadian tu berlaku pada awal pagi, kami bertolak dari Academia UNIMAS Samarahan pukul 5.40 pagi. Sesampai di Semariang pukul 6.10 pagi, selepas saya parking kereta saya di depan jalan raya kawasan Asri Homestay, saya berjalan kaki balik ke rumah. Tergesa-gesa nak hanta anak ke sekolah lagi, sebab rumah saya masuk dalam sikit. Tepat di kawasan selekoh tempat letak tong sampah sana, sebuah motorsikal dengan lampunya padam dan susuk tubuh kurus meluru dan hampir melanggar saya. Dalam keadaan terkejut sempat juga saya berundur ke tepi dengan keadaan terpinga-pinga. Saya fikir dia cuba nak meragut handbag yang saya sandang di bahu, sempat saya lontar handbag saya ke semak dan bersedia untuk pertahankan diri.”
Mangsa

” Waktu sedang samar-samar, sempat dia menerkam pay*dara saya dengan sekuat-kuatnya. Saya meraung dan marah dekat lelaki tersebut dan sempat memukul belakang lelaki itu sebelum dia sempat melarikan diri. Kebetulan seorang hamba Allah lalu di situ dan bergegas ke arah saya sambil menanyakan kenapa. Saya bagitahu kejadian tersebut. Lepas tu dia bagitahu bahawa isterinya juga pernah kena gangguan seksual yang sama seperti wanita tersebut hadapi beberapa hari yang lalu.
Mangsa

Dinyatakan bahawa lelaki yang membuat gangguan seksual tersebut memakai baju sweater/ hoodie yang bercorak seperti kulit harimau putih pagi tadi. Lelaki tersebut juga menggunakan motorsikal Modenas namun tidak sempat mengecam nombor plat pelaku tersebut.

Sesungguhnya perkara ini boelh mendatangkan trauma terhadap wanita dan ianya tidak sepatutnya berlaku di kalangan wanita. Kita sepatutnya menjaga mereka bukan disebaliknya. Harap penduduk setempat berhati-hati dengan pelaku ini dan segera melaporkan kepada pihak polis.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kencing Dan Najis Tikus Ditemui Dalam Dapur, Sebuah Premis Makanan Di Limbang Diarah Tutup Selama 14 Hari Kencing Dan Najis Tikus Ditemui Dalam Dapur, Sebuah Premis Makanan Di Limbang Diarah Tutup Selama 14 Hari
Next Article Padah Rogol Kanak-Kanak Kurang Upaya, Warga Emas Dikenakan Hukuman Penjara 30 Tahun Serta 12 Sebatan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?