• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Warga Asing Dipenjara Di Kuching

Oleh
Aina Musa
8 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Padah Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Warga Asing Dipenjara Di Kuching

Tergamak rogol remaja bawah umur

Padah Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Warga Asing Dipenjara Di Kuching. Seorang pekerja kasar dari Sambas, Indonesia mengaku tidak bersalah apabila dituduh merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun hingga mengandung dua bulan di Mahkamah Sesyen hari ini. Pertuduhan ini dibuat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Hakim Maris Agan memerintahkan pengurusan kes pada 8 Jun 2023 dan mengarahkan tertuduh ditahan di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh tersebut. Hal ini berdasarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ruvinasini Pandian yang memerlukan waktu untuk menyediakan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Padah Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Warga Asing Dipenjara Di Kuching. Kredit: Utusan Borneo

Berlaku di Matang

Menurut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu antara November dan Disember 2022 di sebuah rumah di Telaga Air, Matang. Laporan polis dibuat oleh seorang doktor yang mendapati mangsa bawah umur mengandung dua bulan. Tertuduh ditangkap pada 22 Februari 2023 di sebuah stesen minyak di Jalan Matang.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan imigresen dan dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar. Tertuduh memohon agar tidak dijatuhi hukuman berat kerana beliau hanya seorang pekerja tapak yang memperoleh RM60 sehari dan tidak mampu memperbaharui pas sosialnya.

Tinggal di Malaysia tanpa permit sah

Hasil siasatan mendapati tertuduh sebagai warganegara Indonesia telah tinggal di negara ini tanpa kebenaran sah selepas tamat tempoh lawatan pas sosialnya pada 7 Disember 2019. Oleh itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan bagi kes imigresen tersebut, tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan mangsa yang berusia 13 tahun pada Disember 2022. DPP Ruvinasini memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat bagi kes rogol dan menegaskan bahawa kesalahan imigresen semakin meningkat.

Tidak ada jaminan yang ditawarkan terhadap tertuduh kerana kesalahan ini tidak dapat diikat jamin dan terdapat kemungkinan besar tertuduh akan melarikan diri. DPP Ruvinasini juga memohon pasport tertuduh diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Baca lagi artikel terkini:

Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China
McDonald’s Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China
Next Article Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?