• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Oleh
Nazihah AN
15 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Remaja tersebut tikam dada mangsa menggunakan senjata berbentuk kerambit di Taman Malihah.

Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney. Mahkamah Sesyen telah memerintahkan seorang remaja berusia 19 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo kerana memiliki senjata tajam di kawasan awam pada Ogos lalu.

Menerusi laporan berita tempatan, Hakim Musli Ab Hamid membuat keputusan itu terhadap pesalah muda itu selepas meneliti laporan sosialnya.

Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney. Sumber gambar: The Borneo Post

Remaja dari Matang ini dihantar ke Henry Gurney selama 2 tahun

Mengikut Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh remaja dari Matang itu dihantar dan duduk di dalam sekolah itu selama 2 tahun iaitu sehingga dirinya berumur 21 tahun.

Remaja tersebut didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Bersenjata 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan tuduhan, remaja tersebut telah didakwa tikam seorang lelaki di dada dengan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah kedai di Taman Malihah di sini sekitar jam 7.30 malam pada 27 Ogos 2022.

Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Gambar sekadar hiasan

Remaja memiliki senjata logam berbentuk kerambit

Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas remaja tersebut, polis mendapati dia memiliki senjata tajam yang diperbuat daripada logam, yang telah diubah suai untuk menyerupai kerambit. Remaja tersebut juga tidak mempunyai sebarang alasan atau kebenaran yang sah dalam memiliki senjata tersebut.

Walau bagaimanapun, motif disebalik kejadian tersebut berlaku tidak dilaporkan kepada pihak media. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala pemuda itu tidak diwakili peguam.

Padah Tikam Mangsa Guna Senjata Tajam Di Matang, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Gambar sekadar hiasan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ismail Sabri: BN Yakin Dapat Bentuk Kerajaan Baru Dengan Kerjasama GPS Selepas PRU15
Next Article Diadakan Di Aeon Mall Kuching, Mecha Modellers Build Off Akan Berlangsung Mulai 26 November Ini Diadakan Di Aeon Mall Kuching, Mecha Modellers Build Off Akan Berlangsung Mulai 26 November Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?