• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan

Oleh
Husna Hazmi
2 April 2023
Kongsi
1 Min Bacaan

Jejantas pejalan kaki mesra OKU pertama di Miri.

Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan. Dilaporkan bahawa, projek jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan Miri telah diluluskan dengan kos RM7.677 juta dan akan menjadi projek mesra orang kelainan upaya (OKU) pertama di Miri.

Kerja-kerja bagi projek tersebut sudah bermula dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu menjelang Mei 2024.

Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan
Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, projek berkenaan telah diberikan tanggungjawab kepada Technicorps Builder Sdn Bhd sebagai kontraktor melalui tender terbuka.

Beliau berkata projek tender terbuka sepanjang 55.6m dengan ketinggian 6.3m ini telah pun bermula pada 4 November 2022, dan tertangguh berikutan masalah utiliti membabitkan penempatan semula pusat pengundian elektrik dan kabel telekomunikasi bawah tanah.

Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan
Gambar sekadar hiasan

Apabila siap nanti, jejantas pejalan kaki Tudan ini akan mempunyai tanjakan untuk kerusi roda bagi memudahkan pengguna OKU, selain disediakan tangga biasa.

Jejantas ini juga membolehkan ibu bapa serta penjaga menurunkan anak-anak mereka di seberang jalan tanpa perlu membuat pusingan ‘U’ yang panjang.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Didapati Kotor, 10 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Bazar Ramadan Di Kuching
Pandu Kereta Sendiri, Orang Ramai Teruja Lihat Agong Dan Permaisuri Ronda-Ronda Labuan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Next Article Lakaran 'Dusun Dayak' Tarik Perhatian, Individu Ini Kongsi Kisah Disebalik Lukisan Ini Lakaran ‘Dusun Dayak’ Tarik Perhatian, Individu Ini Kongsi Kisah Disebalik Lukisan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?