• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pakar Tanah Gambut Sarawak, Datu Dr Lulie Melling Terima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia 2023

Oleh
Farisha
18 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Dr Lulie terima Anugerah ASM yang berprestij, pengiktirafan saintifik tertinggi di negara ini

Pakar Tanah Gambut Sarawak, Datu Dr Lulie Melling Terima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia 2023. Pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (Tropi), Datu Dr Lulie Melling telah menerima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) yang berprestij bagi tahun 2023 dalam majlis yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi, 17 Oktober.

Difahamkan, ini adalah pengiktirafan saintifik tertinggi di negara ini di bawah Akta Akademi Sains Malaysia 1994. Perlantikan tersebut sebagai Felo baharu ASM membenarkan mereka menggunakan gelaran “Felo Akademi Sains Malaysia” atau singkatan “FASc” selepas nama mereka.

Pakar Tanah Gambut Sarawak, Datu Dr Lulie Melling Terima Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia 2023
Sumber: dayakdaily

“Ini adalah satu penghormatan yang besar buat Perkhidmatan Awam Sarawak dan seluruh negeri Sarawak,” kata Dr Lulie menurut sumber.

Memetik laporan, Dr Lulie merupakan pakar dalam pengurusan tanah gambut tropika dan terkenal dengan kerja terobosan dalam mengukur fluks gas rumah hijau dari tanah gambut tropika.

Antara sumbangan besar beliau

Sumbangan besar beliau termasuk menubuhkan repositori global penyelidikan gambut tropika dan gambut, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada Sarawak tetapi seluruh dunia.

Pada tahun 2020, Dr Lulie memainkan peranan penting dalam pencapaian bersejarah Sarawak Tropi dengan serentak menubuhkan menara fluks pusaran pusat di tiga ekosistem berbeza, yang merevolusikan pemantauan imbangan karbon di gambut tropika.

Meletakkan asas bagi satu sumber ekonomi penting Malaysia khususnya Sarawak

Kini, Sarawak Tropi berdiri sebagai kebanggaan Sarawak, melonjakkan reputasi Malaysia di pentas antarabangsa.

Di Sarawak Tropi, beliau menyelia tujuh calon PhD antarabangsa, lima pelajar sarjana tempatan, dan kini membimbing 13 projek penyelidikan sedang berjalan termasuk Kajian Karbon Gambut Tropika Taman Negara Maludam dan Kajian Karbon Asas Gambut Semula Jadi di Marudi, Bahagian Miri.

Untuk info, setakat ini ASM mempunyai 482 orang Felo, termasuk 28 Felo Kanan, 454 Felo Biasa, dan 272 ahli TRSM.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023
Pengarang Sarawak, Nadia Mikail Memenangi Anugerah Buku Kanak-Kanak Waterstones Di Britain
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Datuk Goh Hwan Hua, Pengasas Bersama MYAirline Ditahan Bantu Siasatan Isu Wang Haram Datuk Goh Hwan Hua, Pengasas Bersama MYAirline Ditahan Bantu Siasatan Isu Wang Haram
Next Article Kantoi Simpan Diesel Subsidi Dalam 36 Tong Besar Dalam Stor, Dua Lelaki Sri Aman Berjaya Ditahan Kantoi Simpan Diesel Subsidi Dalam 36 Tong Besar Dalam Stor, Dua Lelaki Sri Aman Berjaya Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?