• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023

Oleh
Husna Hazmi
25 Jun 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

3 Rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak terpilih terima anugerah Orderof Australia 2023.

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023. Dilaporkan bahawa tiga rakyat Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan anugerah ‘Order Of Australia’ pada tahun ini.

Salah seorang yang menerima anugerah tersebut adalah anak kelahiran Sabah iaitu pemandu pelancong terkenal, Tham Yau Kong dan dua orang lagi merupakan anak kelahiran Sarawak iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang dan Penasihat Warisan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Datuk Lim Kian Hock.

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah 'Order Of Australia' 2023
Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023

Datuk Lim Kian Hock

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada warga Australia yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang atau pencapaian luar biasa, manakala bagi bukan warganegara pula diiktiraf melalui anugerah kehormat.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Datuk Lim Kian Hock dikurniakan Pingat Kehormat Kebesaran Australia (OAM) oleh Kuasa Usaha Clare Gatehouse bagi pihak Pesuruhjaya Tinggi Australia, Dr Justin Lee, pada majlis berlangsung di Suruhanjaya Tinggi pada Selasa lalu.

Beliau diiktiraf atas khidmatnya untuk hubungan Australia-Malaysia, khususnya dalam memperingati peranan disumbangkan rakyat Australia di Sarawak ketika Perang Dunia Kedua dan dalam perkhidmatan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Beliau telah mendedikasikan dirinya selama berdekad-dekad lamanya untuk memperingati Angkatan Bersenjata Australia dan mereka yang berkhidmat bersama dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 2013, Kian Hock berkempen dan menyokong pengiktirafan kekal Z-Unit Australia atas kegagahan mereka, dengan sokongan Jawatankuasa dan Komuniti Bario Rurum Kelabit, ATM, STF, mendiang Jack Tredrea, keluarga dan rakan komando.

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah 'Order Of Australia' 2023

Tan Sri Affendi Buang

Tan Sri Affendi pula dianugerah Pegawai Kehormat (AO) Order of Australia (Bahagian Tentera) oleh Pesuruhjaya Tinggi pada 8 Mei lalu.

Ketua Angkatan Pertahanan Australia, Jeneral Angus J. Campbell turut menghadiri majlis itu yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.

Affendi diiktiraf atas khidmat cemerlangnya dalam mengukuhkan hubungan pertahanan antara Australia dan Malaysia melalui komitmen, kepimpinan dan wawasan strategiknya sebagai Panglima ATM.

Beliau memperjuangkan kehadiran Australia di Malaysia dan penyertaannya dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara, aktif menyokong pengekalan pembabitan pertahanan dengan Australia ketika pandemik COVID-19 dan meningkatkan kesalingoperasian dan kerjasama antara Angkatan Pertahanan Australia dan ATM.

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah 'Order Of Australia' 2023

Tham Yau Kong

Untuk Tham Yau Kong pula, beliau telah dianugerahkan Pingat Kehormat dalam Bahagian Am Order Australia (OAM) di Sandakan selepas hari peringatan ANZAC pada 24 April lalu.

Beliau diiktiraf atas jasanya memperingati pengorbanan tawanan perang Australia di Malaysia, khususnya sepanjang kawat maut Sandakan-Ranau (1942-1945).

Ketika Perang Dunia Kedua, hampir 2,500 tawanan perang (POW) mati secara tragis di Sabah, termasuk lebih 1,000 daripadanya kehilangan nyawa dalam tragedi kawat maut, dengan 1,800 daripadanya warga Australia.

Yau Kong adalah seorang pemandu pelancong yang amat dihormati dan pakar kembara hutan dan telah memainkan penting dalam menyerlahkan keberanian dan ketahanan tawanan perang terbabit.

Selain itu, beliau juga telah membiayai kembara pencarian trek kawat maut Sandakan-Ranau dan membantu menubuhkan beberapa tugu peringatan di sepanjang laluan itu.

Pada tahun 2006, Angkatan Pertahanan Australia mengiktiraf usaha Yau Kong dengan menghantar delegasi untuk menjadi warga Australia pertama melintasi bahagian trek yang ‘hilang’ itu sejak 1947.

Sejak kembara pertama itu, Yau Kong bekerja tanpa jemu menceritakan kisah kawat maut kepada khalayak yang lebih luas dengan mewujudkan laluan berbasikal di bawah trek, menganjur program untuk pelajar dan kerap memberi syarahan kepada pemandu pelancong tempatan mengenai kepentingan penceritaan sejarah perang berkenaan kepada rakyat Australia dan Malaysia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia
Catat Sejarah Baru! 6 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Harvard, Dua Daripadanya Anak Sabah Dan Sarawak
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Dikenakan Saman Dan Penjara, Letak Telefon Bimbit Di Riba Sambil Memandu Juga Kesalahan Jalan Raya Boleh Dikenakan Saman Dan Penjara, Letak Telefon Bimbit Di Riba Sambil Memandu Juga Kesalahan Jalan Raya
Next Article Ramen Jepun Authentic Di Plaza Merdeka, Anda Perlu Singgah Ke Shichimi Ramen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?