• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028

Oleh
Nazihah AN
21 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028

RM2.53 Bilion Diperuntukkan untuk Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah

Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028. Projek Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini dirancang siap sepenuhnya menjelang September 2028, bertujuan menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih baik untuk rakyat negeri Sabah. Perkara ini diumumkan dalam sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmy Yahya, menyatakan bahawa Fasa 1 projek ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B. Keseluruhan Fasa 1 melibatkan 35 pakej pembinaan dengan jumlah panjang jalan raya 706 kilometer.

Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028
Sumber gambar: DagangNews

Fasa 2 melibatkan jajaran Tamparuli-Ranau sepanjang 98 kilometer.

Menurut Menteri Kerja Raya Negeri, empat pakej kerja dalam Fasa 1 telah pun disiapkan setakat ini, manakala 28 pakej kerja sedang berada dalam fasa pembinaan. Satu lagi pakej kini menunggu proses kelulusan terakhir.

Bagi Fasa 2, ia akan melibatkan jajaran Tamparuli-Ranau sepanjang 98 kilometer. Sementara itu, Fasa 3 melibatkan jajaran Kimanis-Keningau-Kalabakan-Tawau sejauh 432 kilometer yang kini berada dalam peringkat perancangan.

“Pelaksanaan projek seterusnya bergantung kepada kelulusan dan kekuatan kewangan kerajaan,” jelas Datuk Shahelmy.

Kos keseluruhan Fasa 1 dianggarkan RM2.53 bilion, dengan RM1.32 bilion untuk Fasa 1A dan RM1.21 bilion bagi Fasa 1B. Menjawab persoalan berkaitan pampasan tanah, beliau menegaskan bahawa proses pampasan akan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk pewartaan, penilaian, pemberian tawaran, dan pembayaran kepada pemilik tanah.

Namun, cabaran utama ialah pengambilan tanah hak milik adat (NCR). Proses ini lebih kompleks kerana memerlukan persetujuan pemilik serta kelulusan undang-undang.

“Kekurangan sumber tenaga kerja di Jabatan Tanah dan Ukur Sabah juga menyumbang kepada kelewatan proses ini,” katanya lagi.

Dengan langkah-langkah penambahbaikan dan penubuhan Jawatankuasa Pemantau, kerajaan yakin untuk memastikan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo dapat diteruskan dengan lancar.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Laluan Pan Borneo Sarawak Beroperasi Sepenuhnya Pada Akhir Tahun Ini
Jambatan Batang Rajang Bakal Jadi Jalan Pintas Lebuhraya Pan Borneo – Tanjung Manis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Bunuh Lelaki Di Tempat Letak Kereta Hotel Bintulu, 2 Individu Ditahan
Next Article 2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis 2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?