• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis

Oleh
Nazihah AN
21 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis

Lapan Maut, Dua Cedera Dalam Nahas di Lebuhraya Pan Borneo

2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis. Lapan individu maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis yang berlaku di laluan Sarikei-Sibu, Lebuhraya Pan Borneo, petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, tujuh daripada mangsa yang terkorban adalah warga Indonesia, manakala seorang lagi merupakan warganegara Malaysia.

2 Kenderaan Bertembung Di Pan Borneo, 8 Individu Maut Dalam Kemalangan Tragis

2 tercampak dari kenderaan dan disahkan meninggal di tempat kejadian

Ketua Operasi Bomba memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan tentang kejadian sekitar jam 3.40 petang. Sebuah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari balai tersebut.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati nahas tersebut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah trak pacuan empat roda. Dua mangsa daripada trak tersebut telah diselamatkan oleh orang awam dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan di lokasi.

Namun, dua individu dari MPV berkenaan telah tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Enam lagi penumpang yang terperangkap di dalam MPV tersebut turut disahkan maut selepas pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka.

Kesemua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028
Laluan Pan Borneo Sarawak Beroperasi Sepenuhnya Pada Akhir Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028 Pan Borneo Sabah Fasa 1B Dijangka Siap Menjelang September 2028
Next Article Tular Kanak-Kanak Cedera Akibat Pintu Kaca Pecah Di Pusat Beli-Belah Di Kuching Tular Kanak-Kanak Cedera Akibat Pintu Kaca Pecah Di Pusat Beli-Belah Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?