• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Datuk Pandelela akhirnya beri penjelasan

Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan. Mengenai isu berbangkit baru-baru ini, Datuk Pandelela akhirnya membuka mulut dan memberi penjelasan sendiri di akaun media sosialnya.

Dalam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Pandelela itu, dirinya telah menjelaskan isu ketika ditemu bual wartawan berhubung persembahan skuad terjun di Kejohanan Akuatik Dunia Doha, Qatar.

Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan
Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Penjelasan kepada para penyokong, peminat dan penaja-penaja

Menurut Pandelela, dia juga mahu memberikan penjelasan kepada para penyokong, peminat dan penaja-penaja tentang isu yang sama.

Pandelela berkata, saya sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan semua kasih sayang dan sokongan yang diberikan oleh anda semua.

“Saya sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan semua kasih sayang dan sokongan yang diberikan oleh anda semua.

Sejurus tiba di KLIA, Pandelela berkata dia terus ditemu bual oleh wartawan tentang apa yang dirasai dirinya. Pandelela seterusnya mengakui berasa kecewa dengan dirinya dan menerima kekalahan tersebut tanpa memberi sebarang alasan.

Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Terdapat satu isu

Namun demikian, apabila ditanya lagi apakah punca yang menjejaskan prestasi pasukannya, Pandelela menjawab terdapat satu isu tetapi dirinya tidak menghuraikan isu tersebut kerana belum lagi berjumpa dengan pihak berkepentingan untuk proses siasatan lebih lanjut.

Pandelela berkata isu-isu berkenaan melibatkan latihan, tetapi telah diterjemahkan ke dalam istilah lain seperti ‘entiti’ dan ‘pihak ketiga’ sejurusnya membuatkan orang ramai berasa amat keliru.

Laporan tersebut juga telah menyebabkan begitu banyak spekulasi dan salah faham sehingga menyebabkan banyak masa terpaksa dihabiskannya untuk menjelaskan perkara tersebut terhadap pihak yang berkepentingan, kata beliau lagi.

Oleh itu, ratu terjun negara tersebut telah mengambil inisiatif untuk menggunakan platform media sosial beliau untuk memberi penjelasan dan berharap agar perkara ini dapat menjernihkan lagi suasana.

Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Mengakui berasa amat terkilan dan kecewa

Sebagai seorang atlet, Pandelela sendiri mengaku amat terkilan dan kecewa apabila tidak mendapat slot ke Sukan Olimpik.

”Atlet berlatih sedaya upaya setiap hari agar dapat menunjukkan hasil kerja keras mereka pada pertandingan. Oleh demikian, kami lebih merasai kekalahan 1000 kali ganda lebih kuat berbanding sesiapa sahaja dan meletakkan beban kesalahan ke atas diri sendiri.”

”Namun sebagai atlet, kami juga memiliki sifat tabah dan kaupayaab untuk bangkit untuk terus berjuang lagi dan lagi.”

”Cinta saya dalam sukan terjun ini masih lagi banyak dan saya akan bangkit semula.”

”Apabila tiba masanya untuk saya bersara, saya akan melakukan perkara tersebut dengan baik, seperti apa yang dilakukan atlet-atlet hebat kita sebelum ini,” jelas beliau.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Hanya Di Sabah, Tengah Bulatan Ada Replika Gergasi Pelbagai Bentuk
Empat Lelaki Ditahan Polis Gara-Gara Tidak Puas Hati Terima Angpau RM5 Dari MP Julau
SUMBER :FB Pandelela Rinong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecoh Di Media Sosial, Tular Video Lelaki Dewasa Selamba Berak Merata Di Kuching
Next Article Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?