• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Cikgu Raymond mendidik pelajar berkeperluan khas

Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas. Menjadi seorang guru bukanlah mudah, ianya memerlukan kecekalan dan semangat didik yang tinggi. Begitulah semangat guru pendidikan khas dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Cikgu Raymond Weil Garagus yang telah berjaya memperoleh anugerah World Changer bagi bulan Februari 2024 oleh Special Education Network & Inclusion Assosiation (SENIA).

Beliau memperoleh anugerah tersebut atas sumbangan beliau mendidik pelajar berkeperluan khas dalam bidang sukan terutamanya olahraga.

Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas
Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas

Melatih berpuluh-puluh pelajar berkeperluan khas

Cikgu Raymond telah berjaya membimbing serta melatih berpuluh-puluh pelajar berkeperluan khas di kolej berkenaan dalam bidang sukan khususnya sukan olahraga.

Ramai pelajar bimbingan Cikgu Raymond telah berjaya memenangi pingat di kejohanan olahraga sekolah bagi pelajar berkeperluan khas dan juga kejohanan olahraga sekolah perdana di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Guru Inspirasi Dari Keningau Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas

Dua pelajar beliau juga masing-masing diiktiraf SENIA

Dalam masa yang sama, dua orang pelajar yang dilatih Cikgu Raymond, Brigette Yasin dan Victer Ben, telah masing-masing diiktiraf sebagai penerima SENIA Student Award pada tahun 2022 dan SENIA Student Honorary Certificate pada tahun 2023.

Pengarah kolej berkenaan, Pengarah kolej itu, Encik Nordin Bin Akup, mengucapkan tahniah kepada guru ini atas usaha gigihnya mengasah bakat para pelajar dalam bidang olahraga secara konsisten.

Cikgu Raymond pula telah meluahkan rasa terharu dipilih sebagai penerima anugerah tersebut yang menjadikan dia lebih bersemangat untuk melahirkan para pelajar berkeperluan khas yang handal dalam bidang sukan.

Lagi kisah guru inspirasi di Borneo untuk anda di sini:

Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023
Dedikasikan Separuh Gaji Demi Murid, Guru Dari Mukah Dinobatkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021
SUMBER :SENIA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlalu Banyak Dikaitkan Dengan Spekulasi, Datuk Pandelela Akhirnya Tampil Beri Penjelasan
Next Article Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong Ketahui Hikayat Datuk Merpati, Kisah Putera Raja Jawa Dalam Kerajaan Santubong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?