• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Oleh
Ismail NA
26 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Pandelela Rinong merupakan atlet dari Sarawak yang telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik sebanyak 4 kali.

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Susulan kejayaan Pandelela Rinong dalam bidang sukan terjun sehingga mengharumkan nama Malaysia, kerajaan persekutuan digesa untuk memberikan pengiktirafan kepada atlet tersebut sebagaimana pengiktirafan yang diterima oleh atlet lain terutamanya dari Semenanjung.

Isi Isi Penting
  • Pandelela Rinong merupakan atlet dari Sarawak yang telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik sebanyak 4 kali.
  • “Inilah masa kerajaan persekutuan mengiktiraf orang Sarawak setanding dengan orang Semenanjung” – Masing
  • Pendapat berbeza dari Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak
  • Lain pula ceritanya dengan pengiktirafan Datuk buat Azizul Hasni dari negeri Terengganu
  • Selain itu, baca juga artikel berkaitan Pandelela ini :

Perkara tersebut telah disuarakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Menurut laporan akhbar tempatan, Masing percaya bahawa kejayaan Pandelela ini adalah sesuatu yang patut diberikan penghargaan setimpal oleh kerajaan persekutuan sebagaimana pengiktirafan yang diperolehi oleh rakan sepasukan di Semenanjung. Pengiktirafan untuk beliau tidak seharusnya datang dari kerajaan Sarawak sahaja tetapi juga kerajaan Malaysia.

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing

“Inilah masa kerajaan persekutuan mengiktiraf orang Sarawak setanding dengan orang Semenanjung” – Masing

Jelasnya lagi, inilah masa untuk kerajaan persekutuan mengiktiraf bahawa orang Sarawak adalah setanding dengan orang di Semenanjung. Jika kurang bagus, barangkali boleh diberi peluang dan kesempatan. Kementerian di peringkat persekutuan dan kementerian sukan di peringkat negeri haruslah sama-sama memberi pengiktirafan kepada kebolehan dan kecemerlangan ratu terjun negara itu.

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak

“Saya berbangga dengan orang luar bandar kita. Jika diberikan peluang, masyarakat luar bandar di Sarawak akan berjaya walau apa jua sekalipun,”

Tan Sri Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Masing menambah bahawa kerajaan Sarawak telah menunjukkan pengiktirafan kepada Pandelela dengan menamakan pusat akuatik Sarawak sempena dengan nama atlet berasal dari Bau itu.

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching

“Jadi, apa salahnya jika kerajaan persekutuan memberikan nama pusat akuatik di Bukit Jalil sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong?…Beliau layak menerimanya supaya generasi akan datang dapat mengingati apa yang boleh belia luar bandar lakukan jika diberi peluang,”

Pendapat berbeza dari Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak

Walau bagaimanapun, pandangan yang berbeza telah dikemukakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini. Beliau berpendapat bahawa pengiktirafan yang besar seperti mengurniakan gelaran Datuk kepada Pandelela adalah sesuatu yang masih terlalu awal memandangkan atlet tersebut masih berada di puncak kerjayanya. Pengiktirafan dengan gelaran Datuk dikhuatiri boleh ‘merosakkan’ prestasi Pandelela.

Kenyataan lanjut boleh dibaca di sini :

Lain pula ceritanya dengan pengiktirafan Datuk buat Azizul Hasni dari negeri Terengganu

Di Semenanjung, lain pula perspektifnya. Minggu lalu, atlet yang berasal dari Terengganu, Azizul Hasni Awang baru sahaja menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk iaitu seminggu sebelum beliau berangkat ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pengiktirafan dari kerajaan negeri tersebut disifatkan sebagai satu bentuk motivasi dan diakui sendiri oleh Azizul sebagai satu suntikan semangat yang besar buat atlet terbabit untuk merangkul pingat emas sulung negara.

Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Tidak perlu menunggu lama untuk kerajaan persekutuan memberikan sebarang pengiktirafan besar, kerajaan Terengganu sendiri bersikap proaktif dan tidak ‘cokot’ dengan sesuatu yang melibatkan pengiktirafan terutamanya untuk individu yang sememangnya dikenali seluruh Malaysia. Apatah lagi individu yang memberikan sumbangan itu adalah anak jati negeri dan bukannya individu dengan pencapaian yang meragukan.

Apa pendapat anda? Adakah pengiktirafan buat ratu terjun ini memadai dengan hanya mengabadikan namanya di pusat akuatik Bukit Jalil atau dengan mengurniakan gelaran Datuk? Apakah bentuk pengiktirafan yang lebih kreatif dan memberi impak buat Pandelela dan rakyat Malaysia yang anda fikirkan sesuai?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Selain itu, baca juga artikel berkaitan Pandelela ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga ‘Booster’ Vaksin COVID-19
Next Article Api Marak Di Sebelah Tangki Lori Petrol, Stesen Minyak Di Sibu Hampir Terbakar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?