• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga ‘Booster’ Vaksin COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
26 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Namun perkara ini masih lagi di dalam pertimbangan.

Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga ‘Booster’ Vaksin COVID-19. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memberi arahan kepada Kumpulan Penasihat Covid-19 Sarawak (Scovag) untuk memantau lagi keperluan negeri ini untuk mendapat dos ketiga vaksin Covid-19 (booster shot) kerana peningkatan kes yang mendadak baru-baru ini serta varian Delta yang semakin meningkat di Sarawak.

Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga 'Booster' Vaksin COVID-19
Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga ‘Booster’ Vaksin COVID-19

Banyak situasi yang harus dipertimbangkan oleh Scovag

Menurut Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, banyak situasi yang harus dipertimbangkan oleh Scovag sebelum melaksanakan rancangan dos ketiga vaksin Covid-19 ini.

“JPBNS kini sedang mempertimbangkan kebarangkalian dan kita harus berfikiran ke hadapan. Walau apa pun keputusan yang telah dibuat, kita masih lagi perlu menunggu nasihat daripada Scovag yang diketuai oleh Andrew Kiyu Dawie. Ianya adalah amat penting untuk kita memerangi Covid-19 bersdasarkan fakta saintifik”.

Menurut Uggah lagi, JPBNS akan mempertmbangkan lagi dos ketiga vaksin Covid-19 untuk rakyat Sarawak kerana perkara iini telah dibincangkan secara meluas sebagai langkah penyelesaian untuk mengatasi varian Delta yang semakin menular kini.

Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga 'Booster' Vaksin COVID-19

Pfizer juga ada merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat

Pfizer juga ada merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat untuk meluluskan dos vaksin tambahan ketiga atau booster (penggalak) pada bulan hadapan. Vaksin Pfizer ini sangat aktif terhadap varian Delta, namun selepas enam bulan terdapat kemungkinan wujud risiko jangkitan semula apabila antibodi kita semakin berkurang.

Sementara itu, setelah Sarawak melaksanakan vaksinasi besar-besaran, Uggah mengatakan bahawa JPBNS menyasarkan menjelang akhir Ogos tahun 2021 ini, kesemua rakyat di Sarawak akan mendapat vaksin mereka.

Di samping itu, pada hari ini Sarawak telah mencatat 356 kes harian Covid-19 baharu dengan Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 243 diikuti Simunjan (31), Bintulu (17), Tatau (15), Sibu (10), Samarahan (6), Kabong (6), Saratok (6), Betong (6) dan Bau (5) dan dua Kluster baharu melibatkan tempat kerja telah dilaporkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim
Next Article Pandelela Patut Dapat Pengiktirafan Setaraf Seperti Atlet Semenanjung, Ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?