Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi tadi
Insiden Kapal Karam Di Beladin, Empat Selamat Dan Seorang Masih Hilang. Kira-kira awal pagi tadi, berlaku insiden mencemaskan apabila sebuah kapal karam berdekatan tapak pembinaan Jambatan Beladin di Pusa hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 9.30 pagi tadi
Katanya empat kru yang terlibat dalam kejadian kapal karam itu sempat menyelamatkan diri setelah berenang ke tepi sungai berdekatan tapak pembinaan Jambatan Beladin di Pusa.
Seorang hilang dalam insiden kapal karam
Namun, seorang lagi kru lelaki yang dikenali sebagai Nicholas Julius dilaporkan tidak sempat menyelamatkan diri hilang dan masih berada di dalam kapal berkenaan.
Jelasnya lagi, mangsa tersebut gagal keluar dari kapal tersebut dan masih belum dijumpai.
Ekoran kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) giat dijalankan untuk mengesan mangsa yang hilang tersebut di lokasi berkenaan.
Ketua Balai Muhd Syukur telah mengetuai Operasi SAR pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok tersebut dan telah bergegas ke lokasi kapal karam.