• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Panjat Jambatan Gantung Gara-Gara Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
9 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa terjatuh setelah tergelincir dari jambatan berkenaan.

Panjat Jambatan Gantung Gara-Gara Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai Di Sabah. Dilaporkan bahawa, seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras setelah terjatuh ke dalam Sungai Tuaran, Kampung Telibong, Tamparuli Sabah semalam.

Mangsa yang merupakan warga tempatan, Mohd Hisham Iskandar Azli dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kampung Damat – Kampung Lakang bersama lima rakannya kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Panjat Jambatan Gantung Gara-Gara Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai Di Sabah
Panjat Jambatan Gantung Gara-Gara Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai Di Sabah. Kredit foto: Harian Metro

Panggilan kecemasan diterima

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, pihak beliau menerima panggilan kecemasan jam 2.38 petang berhubung kejadian berkenaan.

Kata beliau, seramai sembilan anggota termasuk unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan operasi mencari dan menyelamat mangsa terus dijalankan dengan bantuan penduduk kampung berhampiran menggunakan bot.

Mangsa yang memakai pakaian baju berwarna kuning dan seluar hitam belum ditemui di sekitar radius sejauh dua kilometer setakat semalam.

Tambah beliau lagi, operasi turut disertai agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran Tuaran.

Panjat Jambatan Gantung Gara-Gara Mahu Bergambar, Remaja Jatuh Sungai Di Sabah
Kredit foto: Sabah Media

Operasi mencari diteruskan pada hari ini

Operasi kemudiannya ditangguhkan pada jam 6.50 petang semalam dan akan disambung pada pagi hari ini.

Saksi di lokasi kejadian berkata, mangsa dilihat memanjat jambatan gantung untuk bergambar namun tergelincir dan tidak sempat berpaut sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Rakan mangsa pula kemudian bergegas meminta bantuan penduduk kampung manakala mangsa dilihat kali terakhir sejauh 100 meter sebelum tenggelam.

Hasil tinjauan di lokasi, paras sungai masih belum menurun sepenuhnya selepas berlaku peningkatan akibat hujan lebat pada hari sebelumnya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kelab Koir Dari Sabah, The Male Efficient Berentap Di Korea Selatan Hari Ini
Timbalan Menteri: Sarawak Belum Capai Status Pendapatan Tinggi
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Itinerari Trip Kuching Ke Jakarta Selama 5 Hari 4 Malam
Next Article Port Makan Aesthetic Dengan Pelbagai Sajian Menarik, Anda Perlu Cuba Temu Cafe Di Bintulu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?