• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K

Oleh
Husna Hazmi
24 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pesara kerajaan rugi RM 355,200.

Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K. Dilaporkan bahawa seorang pesara kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM 355,200 akibat ingin mendapatkan tender memotong rumput dan landskap daripada kerajaan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, mangsa yang berusia 62 tahun itu, pada mulanya mengenali seorang individu menerusi Facebook pada 15 Mac lalu.

Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K
Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K

Berkenalan dengan suspek ketika sedang mencari kontraktor

Beliau berkata, mereka telah berkenalan apabila mangsa sedang mencari kontraktor untuk memasang jeriji di rumahnya di kawasan Padawan.

Pada 25 Mac, suspek telah datang ke rumah mangsa untuk menyukat tingkap rumah bagi memasang jeriji besi tersebut, sebelum mereka mula berbual mengenai cara mendapatkan lesen perniagaan dan tender daripada kerajaan.

“Suspek kemudian menawarkan diri, kononnya boleh menolong mangsa mendapatkan tender memotong rumput dan landskap pada pertengahan Jun ini,” kata beliau menerusi satu kenyataan pada hari ini.

Azman berkata, suspek mula memerangkap mangsa apabila memberitahu untuk mendapatkan lesen tersebut, mangsa perlu membuat sejumlah bayaran.

Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K
Gambar sekadar hiasan

Mangsa diminta membuat bayaran secara berperingkat sebanyak 11 kali

Mangsa dikatakan telah diminta untuk membuat bayaran dan telah membayar secara berperingkat sebanyak 11 kali transaksi pembayaran ke dalam akaun bank yang telah diberikan suspek dengan jumlah RM 355,200.

Mangsa yang mulai sedar dirinya telah ditipu apabila sehingga sekarang masih lagi belum mendapat sebarang tender seperti yang telah dijanjikan oleh suspek.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan siasatan yang lebih lanjut masih lagi dijalankan.

Oleh demikian, diharap agar anda di luar sana sentiasa berhati-hati terutamanya jika terdapat penglibatan wang dalam jumlah besar dalam sesuatu perjanjian. Sentiasa minta pendapat orang terdekat atau pakar dan jangan terlampau percaya dengan orang yang tidak dikenali.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL
Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL
Next Article Dibuka Tidak Lama Lagi, Galeri Seni Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Warga Kuching Dibuka Tidak Lama Lagi, Galeri Seni Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Warga Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?