• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas

Oleh
ILB - AI
24 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Cemas dikejar pihak berkuasa

Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas. Kadang-kadang realiti tak selalunya indah seperti yang kita sangka, setiap saat di dunia ini pasti ada insan yang sedang menghadapi liku kehidupan yang agak pahit untuk ditelan.

Menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang wanita berambut perang cuba memanjat tingkap di sebuah bangunan sambil berpakaian ala kadar dalam keadaan mencemaskan.

Rakaman video tersebut telah tular di media sosial dan telah cetus reaksi menghiburkan dari netizen namun dalam masa yang sama mereka juga bingung apa yang sedang dialami oleh wanita itu.

Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas
Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas

Pekerja seks Thailand

Bagaimanapun, telah dilaporkan bahawa wanita itu sebenarnya adalah seorang pekerja seks lelaki dari Thailand yang sedang melarikan diri dari serbuan polis tetapi kemudiannya ditahan.

Menerusi paparan video tersebut, wanita itu dilihat sedang memanjat sebuah bangunan di kawasan kota raya yang sibuk di Hong Kong.

Tidak diketahui dari tingkat berapa dia mula memanjat untuk turun, namun dari rakaman video itu dia kelihatan seolah-olah memanjat keluar dari tingkap di tingkat tiga bangunan itu.

Bertubuh maskulin namun perwatakan wanita, dia memanjat perlahan-lahan tepian bangunan lalu duduk di atas birai sambil berasa gelisah seperti sedang dikejar oleh seseorang.

Orang awam di tepian jalan raya juga memerhatikan tingkah lakunya dengan teliti sambil membantu wanita itu turun dari bangunan itu kerana takut tersilap langkah sewaktu memanjat.

Wanita itu kemudiannya memanjat penghawa dingin bangunan tersebut dan membuat keputusan untuk membuat lompatan di atas papatn tanda jalan raya dan disambut oleh orang awam di situ.

Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas
Wanita tersebut berjaya disambut orang awam. Kredit foto: Youtube

Operasi Wind Rider Polis Hong Kong

Lapor media antarabangsa, polis sedang melakukan serbuan besar-besaran ke atas sindiket pelacuran di sana.

Diberi nama kod “Wind Rider“, operasi pada 22 September itu berjaya menahan 14 lelaki dan 18 wanita.

Turut dirampas wang tunai yang dianggarkan bernilai HK$100,000 (RM58,000) serta sejumlah besar kondom, ubat kumur, pelincir dan sebuah kereta persendirian.

Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas
Polis Hong Kong (Gambar Hiasan)

Siasatan lanjut mendedahkan identiti wanita itu sebenarnya adalah lelaki warga Thailand berusia 30 tahun.

Justeru, walaupun semua orang di dunia ini diberikan haluan hidup yang lurus namun ujian yang diberikan untuk hidup adalah berlainan. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah naj jadi susah.

Lagi cerita menarik di sini:

‘Kantoi’ Tanam 34 Pokok Ganja Dalam Kebun Sayur, 5 Individu Ini Ditahan Di Sibu
Asyik Buat Aksi Superman Sampai Tak Sedar Dirakam Polis, Remaja Akhirnya Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran
Next Article Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?