• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran

Oleh
ILB - AI
24 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ada banyak jenis sos tiram rupanya

Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran. Bercakap sahaja soal memasak, semestinya perkara yang harus diambil berat adalah penggunaan bahan memasak dalam makanan yang akan disajikan.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat sesetengah bahan masakan adalah khas untuk setiap pengguna misalnya untuk rakyat marhaen, vegetarian, tukang masak dan golongan professional.

Tular di laman Facebook menerusi hantaran individu yang dikenali sebagai Chef Amer berkongsi petua dalam memilih jenis sos tiram untuk kegunaan masing-masing khasnya dalam masakan.

Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran
Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran

Sos tiram yang terbaik dalam masakan

Chef Amer terdetik untuk berkongsi petua itu apabila seorang Auntie India bertanyakan sos tiram vegetarian untuk memasak sewaktu di sebuah pasar raya.

Tanpa segan silu, Chef Amer menerangkan kepada Auntie tersebut jenis-jenis sos tiram, perbezaan antara sos tiram yang lain dan jenama sos tiram yang terbaik untuk digunakan dalam masakan.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0rSSVcnUnDhWQn3g3xDdBwfTWcijKe9ZbdHHdPWKSP49ZAuQzTdc2V6r8HH3TJjTSl&id=1499655632

Lima jenis sos tiram yang anda harus tahu:

1.Sos Tiram

  • Kandungan ekstrak tiram lebih daripada 10% dan boleh dipanggil sos tiram. Mempunyai rasa tiram yang sebenar. Jenama Panda Lee Kum Kee

2. Sos Perisa Tiram

  • Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab itu tak boleh dipanggil sos tiram kerana hanya berperisa tiram sahaja. Rasa tiram yang ‘mild‘. Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me.

3. Sos Tiram Premium

  • Kandungan ekstrak tiram 40%. Mempunyai rasa tiram yang sangat padu. Jenama Premium Lee Kum Kee.

4. Sos Tiram Tiruan Sayuran

  • Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan 1% serta perasa sahaja. Sesuai untuk vegetarian. Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me.

5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi

  • Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja. Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5kg. Jenama Puteri, Emos, HTH.
Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran

Sekarang, sudah tentu anda tahu nak beli sos tiram yang mana satu kalau singgah di pasar raya nanti. Yang pastinya harga setiap sos tiram adalah berbeza mengikut citarasa dan cara masakan nanti.

Chef Amar juga berkongsi tentang status halal yang terdapat pada semua jenis sos tiram yang dikongsikan dan menasihati pengguna untuk membaca label terlebih dahulu sebelum membeli.

Katanya lagi, semua jenama sos tiram itu adalah kepunyaan syarikat besar dan pastinya bukan hanya ada sijil halal, malah HACCP dan ISO juga dimiliki syarikat tersebut.

Rupanya Ada Beza, Chef Ini Kongsi Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Yang Ada Di Pasaran

Lagi cerita menarik di sini:

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu
Masuk Adalah Percuma, Pesta Borneo Ini Diadakan Di Central I-City
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok
Next Article Panjat Tingkap Elak Ditahan Polis, Gelagat Wanita Thailand Ini Buat Ramai Cemas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?