• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Oleh
Husna Hazmi
28 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Peminat burger di luar sana, jom kita cuba, try dan test!

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Street burger ini merupakan salah satu daripada pilihan comfort food bagi rakyat Malaysia. Selain daripada harga yang amat berpatutan, anda boleh menikmati burger yang sedap dan berbaloi. Jadi marilah kita lihat senarai stall burger yang terbaik di Kuching ini!

Isi Isi Penting
  • Peminat burger di luar sana, jom kita cuba, try dan test!
  • 1. Yellow Burger
  • 2. Takeaways Simpang Tiga (Area KWSP)
  • 3. Kuching Grilled Burger (KGB)
  • 4. Diari Waktu Smoke Sandwich and Burger
  • 5. Azza Burger
  • 6. Burger Gemok
  • 7. Burger Boy
  • 8. Burger Fandi
  • 9. Burger Muscleman
PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit gambar: Yellow Burger

1. Yellow Burger

Apa yang istimewa di Yellow burger ini adalah, mereka menggunakan 100% daging tanpa campuran bahan lain. Yellow burger adalah tempat yang amat sesuai bagi mereka yang memang gemar burger di luar sana!

Lokasi: 7a, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: @TakeawaysBurgerOfficialFanPage  

2. Takeaways Simpang Tiga (Area KWSP)

Merupakan antara pelopor homemade burger di Kuching, Takeaways Simpang Tiga sememangnya mempunyai peminatnya sendiri. Takeaways Simpang 3 terletak di kawasan parking bersebelahan dengan KWSP Kuching di Simpang 3, berhadapan dengan Hotel Place2Stay dan juga mereka juga kini mempunyai satu lagi cawangan di Bulatan ILP Samarahan.

Lokasi: Bersebelahan dengan KWSP Kuching di Simpang 3, berhadapan dengan Hotel Place2Stay dan berdekatan bulatan ILP Samarahan

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: @KGBurger 

3. Kuching Grilled Burger (KGB)

Tengok saja burger di KGB ni dah terliur dah kan? Pelbagai menu menarik ditawarkan di sini dan setiap burger yang disediakan memang dijamin sedap. KGB juga ada menawarkan perkhidmatan istimewa bagi mereka yang ingin burger lain dari yang lain sebagai contoh, burger bersama 10 lapisan daging dan keju. Gempaklah!

Lokasi: No.180 Lorong 1B, Tabuan Heights Fasa 1, Jalan Song 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: @DiariWaktusmokesandwichburger 

4. Diari Waktu Smoke Sandwich and Burger

Bosan asyik makan burger dari tempat yang sama je? Anda boleh cuba burger daripada Diari Waktu Smoke Sandwich and Burger yang menawarkan konsep unik bagi menu burger mereka. Dengan harga yang amat berpatutan, mereka menggunakan konsep panggang gaya Texas dalam pembuatan daging burger mereka. Burger di sini pastinya mempunyai keunikan rasa dan aromanya tersendiri!

Lokasi: Taman Sukma, 1820, 93050 Kuching, Sarawak

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: Hsiung

5. Azza Burger

Ini adalah antara burger legend di Kuching yang anda perlu cuba. Burger Azza ini sudah menjadi burger kegemaran orang ramai di Kuching kerana rasanya yang memang sedap. Sebelum ini Azza burger bertempat di Waterfront, namun sekarang mereka sudah berpindah di Family Cafe di Satok.

Lokasi: Family Cafe, Satok

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: Burger Gemok

6. Burger Gemok

Di burger Gemok anda boleh menikmati burger istimewa mereka iaitu burger wagyu! Jangan risau harga burger tersebut adalah mampu milik dan bagi mereka yang ingin mencuba burger tersebut, singgahlah di stall mereka! Pelbagai menu burger lain juga ada ditawarkan di sini.

Lokasi: 3706, Lorong Sourabaya Indah 2B, Taman Lebunda, 93050 Kuching, Sarawak

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: Vincent Toh

7. Burger Boy

Burger Boy juga antara stall menyajikan burger legend di Kuching, menu yang anda perlu cuba di sini adalah burger daging homemade mereka! Walaupun sudah lama beroperasi, burger yang disediakan masih mempunyai rasa yang sama membuatkan ramai pelanggan setia di sini.

Lokasi:  350, Lor Rubber 12, 93400 Kuching, Sarawak

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: Burger Fandi

8. Burger Fandi

Burger Fandi juga merupakan antara stall burger legend di Kuching yang mempunyai ramai pelanggan setia. Bagi peminat burger di luar sana, anda wajib cuba burger homemade yang disediakan di sini.

Lokasi: 37, Jalan Astana, Kampung Tupong Hulu, 93050 Kuching, Sarawak

PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: Stall Burger Muscleman

9. Burger Muscleman

Apa yang istimewa di Burger Muscleman adalah anda boleh menikmati burger salmon yang memang padu! Di sini juga mereka ada menyediakan burger wagyu harga mampu milik dan juga menu lain yang sememangnya sedap.

Lokasi: Ayam Panggang Madu Wak, Satok 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia

Siapa kata dekat Kuching tak ada port makan gempak? Haa ni apa:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sengaja Guna Plat 'JANDA', Pemuda Di Sibu Ditahan Polis Sengaja Guna Plat ‘JANDA’, Pemuda Di Sibu Ditahan Polis
Next Article ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?