I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap

Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 31/05/22 9:47 AM
Kongsi
8 Min Bacaan
Kongsi

‘Agi Idup Agi Ngelaban membawa’ maksud Selagi Hidup Selagi Melawan.

‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap. Masihkah anda ingat lagi pahlawan-pahlawan negeri Sarawak yang telah berkorban nyawa demi mempertahankan hak mereka daripada penjajah? Kali ini jom kita ketahui sejarah ringkas mengenai pahlawan Iban terunggul di Sarawak.

'Agi Idup Agi Ngelaban!' Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap. Gambar sekadar Ilustrasi

Berjuang menentang penjajah British

Jasa Libau Anak Ningkan yang juga dikenali sebagai Rentap ini sepatutnya dijadikan teladan untuk kita kerana sifatnya yang gagah, sanggup berjuang menentang penjajah British yang telah mengeksploitasikan hak rakyat di negeri Sarawak pada masa itu. Rentap juga diberikan gelaran lain seperti ‘Raja Darat’ kerana beliau memimpin orang Iban di sungai Skrang dan sungai Saribas.

Rentap adalah antara pejuang terawal yang telah menentang pemerintahan Brooke. James brooke telah menjajah dan memerintah negeri Sarawak pada tahun 1841 sehingga kematiannya pada 1868. Menurut buku yang bertajuk “The History of Iban Settlements” tulisan daripada Pah Foh Chang pada tahun 2006 yang berlandaskan cerita sebenar daripada generasi keenam Rentap Libau iaitu Subang Anak Dunggau, menceritakan bahawa Rentap membenci dan berasa tidak puas hati dengan Brooke setelah mengetahui rancangannya mengenakan cukai tinggi ke atas penduduk tempatan dan merampas tanah orang Iban di Skrang dan Saribas.

Tindakan Brooke itu telah memembuatkan Rentap marah dan berasa tindakan tersebut sememangnya tidak wajar. Pada 19 Ogos 1944, Rentap akhirnya merancang untuk menyerang James Brooke di kubu Britishnya di Sungai Krang dan kemudian berjaya mendapat kemenangan pertamanya menentang British.

'Agi Idup Agi Ngelaban!' Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Gambar sekadar Ilustrasi

Brooke telah melabelkan mereka sebagai lanun

Setelah wujudnya penentangan yang diketuai oleh Rentap ini, Brooke telah melabelkan mereka dan sesiapa sahaja yang menentangnya sebagai lanun. Brooke yang gagal menerima kekalahannya di tangan Rentap pula telah merancang strategi lain untuk menentang Rentap. Pada 24hb Julai 1849, Brooke bersama armada tentera lautnya yang lebih besar merancang untuk menyerang hendap Rentap dan orang-orangnya.

Namun pada 31 Julai 1849, pertempuran terbesar yang pernah tercatat di dalam kalender negeri Sarawak yang dikenali sebagai Perang Beting Marao tercetus. Hampir 500 pengikut Rentap terkorban di dalam pertempuran tersebut dan Brooke pula telah membakar 20 buah rumah panjang di kampung Rentap. Tetapi Rentap berjaya menyelamatkan nyawa kesemua pemimpin di bawahnya dan akhirnya berjaya melarikan diri. Ketika itu juga, Rentap dan orang-orangnya bersedia untuk mengatur rancangan yang lebih baik lagi untuk memerangi Brooke pada masa hadapan.

Setelah Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di sana, Brooke pula menghantar orangnya Arthur Crookshank untuk membina Fort James di Lingga yang merupakan persimpangan sungai Skrang dan Batang Lupar. Hal ini amatlah menyusahkan rakyat yang berada di kawasan berhampiran kerana Brooke hanya membina kubu tersebut untuk menyekat bantuan untuk Rentap daripada sekutunya Linggir.

'Agi Idup Agi Ngelaban!' Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Gambar sekadar Ilustrasi

Kebencian Rentap kepada Brooke semakin membara

Oleh demikian, kebencian Rentap kepada Brooke semakin membara dan beliau telah mengambil keputusan untuk menyerang dan mengalahkan Brooke pada tahun 1852 di Lingga. Selepas menyerang Lingga, Rentap dan pengikutnya telah mendiamkan diri buat sementara waktu untuk mengatur lagi strategi peperangan yang lebih sempurna. Pada masa ini jugalah Brooke menghantar perutusan kepada Rentap untuk Brooke dan Rentap duduk semeja berbincang untuk satu perundingan secara damai.Tetapi malangnya, Rentap tidak pernah mengaggungkan ketuanan Brooke di Sarawak Kingdom dan beliau menolak dengan sekeras-kerasnya.

Rentap pula meneruskan perjuangannya pada tahun 1853, Rentap dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap Nanga Skrang. Rentap berjaya menenggelamkan sebuah kapal perang milik Brooke. Selesai membuat serangan hendap itu, Rentap dan pengikutnya berundur kembali ke Bukit Sadok.

Sekumpulan askar juga telah dihantar ke kampung Rentap bagi menyekat mana-mana bantuan kepada Rentap ke merata tempat dan mereka yang disyaki membantu Rentap pula akan ditahan. Brooke pula menghantar 7000 tentera pada Ogos 1845 selama dua hari untuk menyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata api dan Rentap dan orang-orangnya pula telah membalas serangan tersebut dengan menggunakan meriam.

Rentap telah menguatkan kedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu yang kuat dan curam menjadikan kubu itu hampir mustahil untuk dihampiri musuh. Kedudukan Rentap yang kuat menyebabkan Brooke melancarkan ekspedisi bagi memusnahkan kekuasaannya.

'Agi Idup Agi Ngelaban!' Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Gambar sekadar Ilustrasi

Rajah Brooke telah menghantar 3 ekspedisi penting

Rajah Brooke telah menghantar 3 ekspedisi penting di dalam perang dengan Rentap iaitu pada 7 Jun 1857, Ekspedisi Sadok Pertama dilancarkan Rajah Brooke bertujuan memusnahkan semua kawasan pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikut Rentap. Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Sadok yang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat dan melancarkan serangan ke kedudukan musuh.

Dengan kekuatan 4,000 askar, Brooke masih tidak dapat menawan kubu Rentap kerana dibina menggunakan kayu belian keras yang tidak dapat ditembusi peluru dan angkatan Rentap juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika menyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853 itu turut digunakan. Pasukan Brooke ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan akhirnya memutuskan untuk mengundur diri dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.

Ekspedisi Kedua pula bermula pada Ogos 1858. Ekspedisi kedua dilancarkan adalah untuk menghapuskan kuasa Rentap dengan membawa senjata Six-Pounder gun yang mampu menembak lima puluh peluru ke kubu Rentap. Ekspedisi kali ini turut gagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding kubu Rentap yang kukuh dan Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan serangan bertubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan senjata api.

'Agi Idup Agi Ngelaban!' Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Gambar sekadar Ilustrasi

Brooke melancarkan Ekspedisi Ketiga Sadok

Pada September 1861, Brooke melancarkan Ekspedisi Ketiga Sadok yang lebih besar dengan menggunakan tenaga buruh untuk membuat jalan di hutan, sepasukan askar yang terlatih dalam pertempuran jarak dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang digelar “Bujang Sadok”. Selepas sampai di puncak Gunung Sadok, keesokan paginya, serangan dilancarkan ke kubu Rentap dan berlaku perbalasan serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan Bujang Timpang Berang yang dimiliki Rentap.

Malangnya, salah seorang pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dan darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang tidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan dinding keras kubu Rentap.

Selepas melancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brooke berjaya menawan dan membakar kunu Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai, Kanowit dan Julau. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia akibat sakit tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Keberanian Rentap dalam memperjuang dan mempertahankan hak orang Iban daripada penjajahan British harus kita sama-sama contohi. Sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia pada masa ini haruslah berganding bahu bersama-sama mempertahankan negara kita dan sentiasa mengamal kan sifat kasih saying tidak mengira apapun bangsa antara satu sama lain.

Ketahui sejarah menarik di Sarawak di sini:

SUMBER : I Love Kuching
Husna Hazmi 29 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’
Next Article Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba’kelalan, Lawas

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kisah Dang Isah Tandang Sari, Legenda Sarawak Tentang Gadis Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri
Cerita Borneo

Legenda Sarawak Dang Isah Tandang Sari, Gadis Yang Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri

25 Jun 2022
Cerita Lagenda Di Sebalik Mengapa Sesetengah Orang Sarawak Tidak Memakan Ikan Patin
Cerita Borneo

Cerita Lagenda Di Sebalik Mengapa Sesetengah Orang Sarawak Tidak Memakan Ikan Patin

25 Jun 2022
Cerita Borneo

Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar

24 Jun 2022
Cerita Borneo

Sebesar Kertas Mahjung, Boarding Pass Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

24 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?