• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching

Oleh
Husna Hazmi
23 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Semua jenis kedai makan ada di Metrocity, Matang!

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching. Metrocity Matang kini sudah menjadi ‘Syurga Tempat Makan’ bagi pencinta makanan di luar sana. Senarai tempat makan di sini memang banyak, tetapi kami di sini ingin menyarankan anda kedai makan paling best yang anda perlu anda cuba jika singgah di sini.

So, without further a due, mari kita lihat 10 tempat makan yang paling best di Metrocity Matang, Kuching ini:

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching. Sumber foto: FB Fauziah Family Cafe
1

Fauziah Family Cafe

Fauziah Family Cafe ini merupakan salah satu port makan paling popular di Metrocity. Hal ini kerana cafe ini merupakan satu ruang besar di mana mereka menyediakan pelbagai jenis makanan dari stall yang berbeza. Terdapat lebih dari 30 stall makanan yang menyajikan pelbagai menu lazat menanti anda di sini antaranya adalah, KCSpicy Korean Cuisine, Spag and Grill, Sup Power, Tenpayaki, Litte Thai, Dim Sum Halal dan banyak lagi!

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB NOMS
2

NOMS

Merupakan rangkaian fast food chain milik anak tempatan yang menyediakan burger dan sandwich mac and cheese, NOMS adalah pilihan utama penduduk di sini jika mereka menginginkan makanan segera yang enak!

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Tuk Tuk Thai Boat Noodle
3

Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Kalau anda ingin mencari makanan Thailand yang tak pernah mengecewakan, Tuk Tuk Thai Boat Noodle adalah pilihan yang terbaik buat anda! Sudah lama beroperasi di Malaysia , Restoran ini baru sahaja dibuka di cawangan Metrocity Matang. Cawangan lain Tuk Tuk Thai Boat Noodle adalah di Plaza Merdeka Mall dan juga Vivacity Megamall.

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Choo Choo Chicken
4

Choo Choo Chicken

Menyediakan menu makanan Korea, Choo Choo Chicken adalah salah satu restoran terbaik di Kuching. Antara makanan yang paling disarankan untuk dicuba di sini adalah, Korean Fried Chicken mereka yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sos, Army Stew, Rose Chicken, Tobokki Ramen dan Kimchi Cold Noodles!

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Pelicana Chicken Kuching
5

Pelicana

Menyediakan menu makanan Korea, Pelicana Chicken juga merupakan pilihan penduduk tempatan jika mereka ingin menikmati makanan Korea yang daebak! Bagi penggemar makanan pedas, anda perlu cuba Sweet and Spicy Korean Fried Chicken mereka.

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Asajaya Cafeteria Metrocity
6

Asajaya Cafeteria Metrocity

Kalau anda mencari mee udang di Kuching, ini adalah tempatnya! Popular dengan menu mee udang galah mereka yang dimasak segar, Asajaya Cafeteria ini menjanjikan anda pengalaman makan makanan yang enak! Menu menarik yang lain seperti nasi aruk udang galah, asam pedas udang galah, kari ikan sembilang, dan banyak lagi.

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB OCHA Restoran
7

OCHA Restoran

Kalau anda minat steamboat, OCHA restoran ada menyediakan pilihan steamboat buat para pelanggannya. Terdapat pelbagai menu steamboat menarik yang disediakan dan jika anda ingin memilih menu ala carte, ia juga ada disediakan di sini.

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Perdana Seafood Delite
8

Perdana Seafood Delite

Perdana Delite Seafood merupakan restoran yang menyediakan makanan laut segar. Pelbagai menu makanan laut yang fresh buat anda di sini antaranya adalah, Teochew-Style Steamed Golden Pomfret, PD fish and chips, tomyam udang dan banyak lagi menu menarik yang lain.

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Kerencheng
9

Kerencheng

Selain daripada menyediakan menu istimewa mereka iaitu nasi pengilan, Kerencheng juga menyediakan menu makanan enak yang lain seperti sotong bakar, set kambing kiak kaong, mi kolok, mi jawa, laksa Sarawak dan banyak lagi. Memang sangat disarankan untuk anda cuba!

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching
Sumber foto: FB Restoran Ayam Gepuk
10

Restoran Ayam Gepuk

Bagi penggemar makanan pedas di luar sana, anda perlu singgah dan makan di Restoran Ayam Gepuk King. Menu nasi ayam gepuk yang dihidangkan dengan sambal ngesittt di sini pasti akan membuat anda berpeluh kepedasan!

Lagi di sini tempat makan menarik di Kuching buat anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Lihat Sendiri Suami Hilang 6 Bulan Baru Pulang 'Bermadu Asmara' Di Thailand Dengan Skandal Isteri Lihat Sendiri Suami Hilang 6 Bulan Baru Pulang ‘Bermadu Asmara’ Di Thailand Dengan Skandal
Next Article Lagi Event Menarik Bermula Pada Hari Ini, Jom Meriahkan Borneo Jazz 2022 Di Coco Cabana Miri! Lagi Event Menarik Bermula Pada Hari Ini, Jom Meriahkan Borneo Jazz 2022 Di Coco Cabana Miri!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?