• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jarak Usia 33 Tahun, Pasangan Bahagia Dari Sabah Ini Tular Di Media Sosial

Oleh
Nazihah AN
19 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jarak Usia 33 Tahun, Pasangan Bahagia Dari Sabah Ini Tular Di Media Sosial

Lelaki, 61 Tahun Temui Cinta Baharu dengan Pasangannya 28 Tahun

Jarak Usia 33 Tahun, Pasangan Bahagia Dari Sabah Ini Tular Di Media Sosial. Di Sabah, kisah cinta seorang wanita berusia 28 tahun, Norain Azlyin Abd Rasad, dan suaminya yang berumur 61 tahun, Awang Zainal Abidin Awang Damit Yahya, telah menarik perhatian ramai di media sosial. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Oktober, hanya enam minggu selepas mereka pertama kali bertemu pada 2 September lalu.

Menurut Norain, pertemuan pertama mereka diatur oleh bapa saudaranya di sebuah restoran. Awalnya, dia berasa hairan mengapa diperkenalkan kepada seseorang yang jauh lebih tua. Namun, selepas berbual dan mengenali Awang Zainal, dia mendapati lelaki itu ikhlas dan berbeza daripada lelaki lain.

Jarak Usia 33 Tahun, Pasangan Bahagia Dari Sabah Ini Tular Di Media Sosial
Sumber: Tiktok

“Walaupun jurang umur kami jauh, saya rasa selesa dengannya.” – Norain

“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin tahun ini kerana baru sahaja bercerai tujuh bulan lalu selepas sepuluh tahun berkahwin. Tetapi apabila bapa saudara saya memperkenalkan kami, saya dapat melihat kejujurannya. Dia bukan sekadar bercakap kosong, malah segera bertemu ibu bapa saya untuk melamar,” katanya.

Keluarga kedua-dua pihak memberikan sokongan penuh terhadap keputusan pasangan ini. Bagi Norain, perkahwinan ini memberikan kebahagiaan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Walaupun jurang umur kami jauh, saya rasa selesa dengannya. Cara dia membesarkan anak-anaknya, terutamanya dalam mendidik mereka solat berjemaah, membuatkan saya kagum,” tambah Norain, seorang ibu kepada tiga anak.

Anak-anak mereka dari perkahwinan terdahulu juga menerima hubungan ini dengan hati terbuka. Anak bongsu Awang Zainal, yang sebaya dengan Norain, turut memberikan sokongan penuh.

Awang Zainal, seorang pesara Jabatan Air Sabah yang kehilangan isterinya pada 2022, berkata bahawa dia dan Norain serasi sejak awal hubungan. Baginya, perbezaan umur bukan penghalang untuk kebahagiaan.

“Saya menerima anak-anaknya seperti anak sendiri, dan anak-anak saya juga menerima dia. Pada hari akad nikah dan majlis resepsi, semua anak kami hadir. Harapan saya adalah agar perkahwinan ini kekal bahagia dan diberkati,” katanya.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Tular Lelaki Di Kuching Ini Kahwini Dua Isteri Sekaligus, Jadi Tumpuan Netizen

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Beri Jaminan POC Bagi Projek ART Ini Berjalan Lancar Sarawak Beri Jaminan POC Bagi Projek ART Ini Berjalan Lancar
Next Article Azri Asmat Raih Tempat Ketiga Di Kejohanan Bina Badan Dunia Di Maldives

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?