• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu

Oleh
Nazihah AN
9 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu

Tiada lagi Pasar Filipina, kini digelar sebagai Anjung Kinabalu

Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu. Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, yang lebih dikenali sebagai ‘Pasar Filipina’, kini telah dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah, menjelaskan bahawa penjenamaan ini adalah kesinambungan kepada penggunaan nama Anjung, yang merujuk kepada lokasi di pesisir laut atau pantai.

Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu

Pasar Filipina Kini Digelar Sebagai Anjung Kinabalu

Menurut beliau, nama Kinabalu dipilih sebagai identiti kepada unsur yang ada di negeri Sabah, merujuk kepada Gunung Kinabalu yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia.

“Kami mengambil nama ini sebagai kesinambungan kepada kawasan sedia ada seperti Anjung Senja dan Anjung Selera. Nama Kinabalu dipilih kerana ia melambangkan elemen penting di Sabah, seperti Gunung Kinabalu yang dikenali ramai,” kata Sabin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Harum Kinabalu ‘Cintai Bandaraya Kita’ di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu.

Penjenamaan semula pasar ini diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, ketika merasmikan program tersebut.

Sabin turut menambah bahawa penjenamaan ini bertujuan untuk memudahkan pengunjung dan pelancong mengenali kawasan ini, khususnya di ibu negeri Sabah.

“Ini akan memudahkan pelancong apabila mereka datang ke Kota Kinabalu untuk mengenali tempat ini dengan lebih baik. Dengan nama Anjung Kinabalu, orang akan lebih mudah mengenalinya. Kami tidak mahu memperkenalkan nama yang tidak mempunyai identiti negeri Sabah,” jelasnya.

Anjung Kinabalu akan dibahagikan kepada lima blok bangunan yang menjual pelbagai produk, termasuk pasar malam, pasar kraftangan, pasar sinsuran, pasar buah, dan pasar ikan masin. Antara nama blok-blok tersebut adalah D’Walai Suri, D’Walai Mutiara, D’Walai Cincin, D’Walai Haruman, dan D’Walai Matabiru.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Tindakan Berani Jejaka Sabah Menegur Lelaki Di Dalam Bas Raih Pujian Netizen
Kerajaan Sabah Nafi Langgar Hak Asasi Komuniti Bajau Laut, PDRM Dakwa Ada Yang Bakar Rumah Sendiri
SUMBER :Sabah Media
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur
Next Article Abang Jo Beri Peruntukan RM 50 Juta, Bangunkan Kompleks Pelbagai Guna Di Hutan Simpan Sabal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?