Lelaki Siap VC Kawan Tunjuk Perempuan Tengah Tidur Sebelah, Tindakan Jejaka Sabah Ini Dipuji Ramai
Tindakan Berani Jejaka Sabah Menegur Lelaki Di Dalam Bas Raih Pujian Netizen. Tular di TikTok, tindakan seorang jejaka dari Sabah yang berani menegur perbuatan tidak senonoh seorang lelaki di dalam bas telah menarik perhatian ramai.
Video tersebut, yang telah meraih sebanyak 2.1 juta tontonan di TikTok, memperlihatkan keberanian jejaka itu dalam mempertahankan maruah seorang wanita.
Lelaki Siap VC Tunjuk Perempuan Tengah Tidur Sebelah, Tindakan Jejaka Sabah Ini Dipuji Ramai
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Penang. Seorang lelaki yang mengambil kesempatan untuk membuat panggilan video kepada rakan-rakannya, memperlihatkan seorang perempuan sedang tidur di sebelah tanpa pengetahuannya.
Perbuatan lelaki itu disedari oleh jejaka Sabah ini yang kemudian bertindak menegur dengan tegas.
Tindakan jejaka tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen di ruangan komen. Ramai yang memuji keberanian dan keprihatinannya terhadap keselamatan serta maruah wanita.
@didingzz_ Reminder ! Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda camni berlaku. Saya naik bas dri Muar ke Penang. Perempuan tu tidur then dia ambik kesempatan video call ramai kawan kawan dia ntuk tnjuk prempuan melayu sebelah dia🗿 Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macamni berlaku di depan mata 👍🏽 #TypeB #problems ♬ original sound – didingzz_
Kejadian ini juga menjadi peringatan kepada semua, terutamanya kepada wanita agar lebih berhati-hati apabila menaiki bas secara solo. Beliau turut menasihati supaya tidak takut bersuara jika mendapati situasi seperti ini berlaku di depan mata.
“Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda camni berlaku. Saya naik bas dri Muar ke Penang. Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macamni berlaku di depan mata.”
Tindakan jejaka Sabah ini wajar dijadikan contoh kepada masyarakat bahawa tidak salah untuk bersuara dan bertindak apabila melihat sesuatu yang tidak kena. Semoga kejadian ini membuka mata ramai dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk berani bertindak dalam mempertahankan kebenaran dan melindungi yang lemah.
