Sekali-sekala kita raon-raon pasar malam laaa…
Ini 3 Pasar Malam Besar Di Sekitar Kuching Dan Samarahan Yang Anda Boleh Kunjungi. Food Republik dah habis, kata mana lagi nak cari makanan yang menarik ye? Haa.. tak perlu banyak fikir, kat Kuching dan Samarahan ni ada banyak pasar malam tau korang.
Selain makanan, korang juga boleh dapatkan tawaran hebat untuk pakaian, kasut, topi dan banyak lagi. Jum kita tengok pasar-pasar malam yang kini best dikunjungi!
1. Uptown Metrocity Matang
Terletak di Metrocity Matang, Uptown ini merupakan uptown yang terbesar di Kuching. Lebih dari 100 gerai di sini bukan setakat makanan menarik sahaja yang dijual, anda boleh dapatkan barangan fizikal yang lain seperti jersi, beg tangan dan sebagainya.
Anda boleh berkunjung ke sini mulai hari Rabu, dimana ia akan beroperasi sehingga ke hari Sabtu.


2. Pasar Malam MPKS – UniGarden
Terletak di UniGarden Samarahan, uptown ini juga menjadi tumpuan ramai terutamanya student UNIMAS. Yang bestnya di sini, medan selera beroperasi setiap hari dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 malam.
Pasar ini menawarkan pelbagai gerai makanan seperti nasi goreng, mee goreng, satay dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai jenis minuman dan ada juga busker-busker yang menghiburkan anda sementara anda menikmati makanan dan minuman.


3. Uptown Desa Ilmu
Alang-alang anda pergi ke Samarahan, anda boleh juga cuba berkunjung ke Uptown Kota Samarahan pada hujung minggu. Sini juga tarikan pengunjung dan juga pelajar-pelajar uni. Yelah, uptown ini tak jauh dari UNIMAS dan juga UITM Samarahan.
Harganya juga sangat berpatutan, patutlah student suka sangat pergi sini. Bolehlah buat food hunting bersama kawan-kawan. Turut ingatkan juga bahawa uptown sini tutup awal sedikit yaa.. Jadi kena pergi awal tauu!


Mana Lagi Port Best?
Selain yang disenaraikan, mana lagi pasar malam yang bagi anda best? Komen dan jangan lupa share!