• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
2 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen

Pasar Minggu Kubah Ria Perkenal Sistem Parkir Digital

Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen. Baru-baru ini, sebuah hantaran di Facebook mengenai pemasangan sistem parkir digital di kawasan parkir Pasar Minggu Kubah Ria telah tular, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Sistem ini dikatakan bakal memudahkan urusan parkir dengan pembayaran secara digital, namun bagi sesetengah pihak, langkah ini dianggap tidak sesuai dengan keperluan pengguna setempat, terutama warga emas.

Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen

Kebimbangan Warga Emas dan Pengguna Setia Pasar Minggu

Menurut hantaran tersebut, pemasangan sistem ini membangkitkan kebimbangan terhadap warga emas yang sering ke pasar setiap hujung minggu. Rutin mereka membeli barangan dapur seperti sayur, ikan, dan daging berkemungkinan terjejas sekiranya mereka tidak memahami cara menggunakan aplikasi atau sistem digital ini.

Susah kalau warga emas tak diajar guna aplikasi ni. Esok lusa kalau terlupa atau tak reti nak bayar, mereka mungkin takut nak datang lagi ke sini,” kata pemilik hantaran.

Walaupun difahamkan mungkin terdapat kaunter pembayaran manual sebagai alternatif, ramai yang merasakan pemasangan sistem ini tidak sesuai di kawasan pasar minggu, yang jauh berbeza daripada suasana pusat beli-belah moden.

Perdebatan ini turut mencuri perhatian netizen di media sosial. Ada yang menyokong sistem ini atas alasan untuk mengurangkan kesesakan dan memupuk budaya lebih teratur. Namun, ramai juga yang berpandangan sistem ini bakal menjadi punca kurangnya daya tarikan pasar minggu di masa depan.

“Sistem ini bagus kalau nak elakkan orang suka-suka parkir merata. Tapi kena fikir juga, tempat ini pasar minggu, bukan shopping mall. Jangan sampai nanti orang malas datang sebab susah nak parkir,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi netizen menyatakan, “Kalau parking tepi jalan jadi pilihan sebab tak perlu bayar, confirm jalan depan pasar ini akan makin sesak. Ini bukannya penyelesaian terbaik.”

Dalam usaha untuk memodenkan pengurusan parkir, pihak berkuasa mungkin perlu mengambil pendekatan lebih inklusif dengan memastikan sistem ini mesra pengguna untuk semua peringkat umur.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5
Karim Cadang Perairan Sarawak Dinamakan Sebagai Lautan Sarawak Jika China Terus Berdegil
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5
Next Article 3 Jalan Di Bahagian Samarahan Ditutup Sementara Mulai Disember Ini Untuk Kerja Naik Taraf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?