• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis ‘Disapu’ Individu Di Kubah Kuching

Oleh
Nazihah AN
12 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis 'Disapu' Individu Di Kubah Kuching

Warga Kuching diminta berhati-hati di kawasan tersebut

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis ‘Disapu’ Individu Di Kubah Kuching. Sebuah amaran telah dikongsikan secara meluas di laman Facebook oleh seorang wanita kepada orang ramai agar berhati-hati dengan tiga individu tidak dikenal di pasar minggu Kubah Ria di sini.

Menurut kongsian wanita tersebut, tiga individu tidak dikenal tersebut didakwa telah memukau ibu mentua mereka dan mencuri wang serta semua barang kemas miliknya.

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis 'Disapu' Individu Di Kubah Kuching
Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis ‘Disapu’ Individu Di Kubah Kuching

“pemukau tu siap bawa balik rumah ambik barang & duit lepas tu hantar balik ke pasar minggu” – kongsian wanita tersebut

Kongsian tersebut telah dimuatnaik pagi tadi sekitar jam 8 pagi, dan telah meraih perhatian netizen sebanyak 181 kongsian dalam sekelip mata.

“Hati-hati korang yang pergi pasar minggu (Kubah).. semalam mak mentua adik saya kena pukau di situ.. habis semua duit & barang kemas.. pemukau tu siap bawa balik rumah ambik barang & duit lepas tu hantar balik ke pasar minggu.. semoga mereka kena tangkap..kasihan orang tua..” kata wanita tersebut melalui akaun Facebooknya.

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis 'Disapu' Individu Di Kubah Kuching
Sumber: Facebook

Beliau juga meluahkan rasa kesal dan simpatinya terhadap ibu mentuanya yang telah menjadi mangsa dalam insiden tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan seperti polis dan penguat kuasa pasar minggu masih belum menerima laporan rasmi mengenai insiden tersebut. Oleh itu, mereka menyeru orang awam untuk memberikan sebarang maklumat yang relevan mengenai insiden tersebut bagi membantu menyiasat kejadian berkaitan.

Masyarakat di seluruh negara diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa berada di tempat awam seperti pasar minggu atau kempen-kempen politik, terutamanya sekiranya mereka membawa wang atau barang berharga. 

Dakwa Mak Mentua Kena Pukau, Wang Dan Barang Kemas Habis 'Disapu' Individu Di Kubah Kuching

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

‘Negeri Bawah Bayu’, Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak
Rasa Macam Pegi Camping, Nikmati BBQ Steamboat Dan Shellout Dengan ‘Healing’ Style Di Samarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Pernah Didaftarkan Sejak 2002, Yamaha RX-Z Ini Sedia Dijual Dengan Harga Mencecah RM120,000
Next Article Miliki 'Nilai Alam' Yang Luar Biasa, Taman Negara Niah Kini Tercalon Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco Miliki ‘Nilai Alam’ Yang Luar Biasa, Taman Negara Niah Kini Tercalon Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?