• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasar Tani Dan Pasar Tamu Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Merah, Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
16 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Hal tersebut telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Pasar Tani Dan Pasar Tamu Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Merah, Sarawak. Berdasarkan keterangan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam, pasar tani dan pasar tamu adalah tidak dibenarkan untuk beroperasi di kawasan yang telah dikategorikan sebagai zon merah.

Daerah yang masih lagi berada di zon merah di Sarawak adalah Daerah Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu yang telah mencatat sejumlah 2,003 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Oleh itu, bagi petani yang menghadapi masalah untuk menjual hasil pertanian sepanjang tempoh penutupan, Jabatan Pertanian dan pertubuhan peladang tempatan akan membeli hasil pertanian tersebut.

Pasar Tani Dan Pasar Tamu Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Merah, Sarawak
Pasar Tani Dan Pasar Tamu Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Merah, Sarawak. Gambar sebagai hiasan

Menurut Pengerusi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga, sepanjang tempoh tersebut, JPBN Sarawak bersama pihak berkuasa tempatan akan memantau perkembangan terkini sebelum membenarkan mereka beroperasi semula.

“Jadi sepanjang tempoh ini, kita telah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk membeli hasil pertanian daripada petani.

“Sekiranya berdepan dengan sebarang masalah, sila hubungi Jabatan Pertanian daerah masing-masing.

“Ini bagi memastikan apa sahaja hasil pertanian akan dibeli dan mereka akan mencari jalan untuk menjual hasil pertanian ini,” kata Uggah.

Pasar Tani Dan Pasar Tamu Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Merah, Sarawak
Gambar sebagai hiasan

Sebelum ini, empat pasar di bandaraya Miri diarah tutup serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia melibatkan Pasar Minggu Centre Point, Pasar Minggu Lutong, Tamu Maigold dan Pasar Malam Saberkas.

Penutupan ini telah diputuskan oleh Majlis Bandaraya Miri memandangkan mobiliti yang tinggi melibatkan kesemua peniaga di sana.

Kredit: Astro Awaani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Jangan Galakan Rape Culture," Wanita Ini Kongsi Pengalaman Gangguan Seksualnya Sebagai Kesedaran “Jangan Galakan Rape Culture,” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Gangguan Seksualnya Sebagai Kesedaran
Next Article Akan Bersiaran Buat Kali Terakhir Pada Hari Ini, Selamat Tinggal ntv7

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?