Men, please do better.
“Jangan Galakan Rape Culture,” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Gangguan Seksualnya Sebagai Kesedaran. Ini adalah kenyataan yang menyedihkan – wanita pernah menghadapi sekurang-kurangnya satu gangguan seksual seumur hidup mereka.
Yang bermula dari seorang lelaki memberitahu lelaki lain untuk ‘menjadi lebih baik’ kerana wanita terpaksa memakai cincin kahwin untuk mengelakkan gangguan, tindak balas seorang wanita terhadapnya mendapat perhatian dari netizen Twitter yang bersimpati dengannya serta wanita lain yang telah menghadapi situasi yang serupa.

Saya berumur sekitar 14 tahun
Pada mulanya, seorang lelaki tweet status ini:
Sedih rasa reading about women putting on a wedding band to avoid harassment. Men, we gotta do better. Be better.
— anuarfariz (@anuarfariz) February 14, 2021
“Sedih rasa membaca tentang wanita menggunakan cincin kahwin untuk mengelak gangguan. Lelaki, kita perlu melakukan yang lebih baik. Jadilah lebih baik.”
Kemudian, seorang wanita bernama Tiara (@TiaraKay) berkongsi statusnya dan berkongsi pengalamannya diganggu oleh lelaki.
Once, I was waiting for my cousin at a McDonalds in Centre Point, KK. A middle aged man approached me and started asking a lot of questions. I lied and said my entire family was waiting for me upstairs. I left my food, and he started following me. https://t.co/i01dFu8mYP
— Tiara Katrina Fuad (@TiaraKay) February 14, 2021
Menurut beliau, beliau berusia sekitar 14 tahun apabila kejadian ini terjadi. Beliau sedang menunggu sepupunya di sebuah restoran McDonald’s di Centre Point, Kota Kinabalu apabila seorang lelaki mendekatinya dan bertanya beberapa soalan.

Beliau berbohong kepada lelaki itu dengan mengatakan keluarganya sedang menunggunya di tingkat atas dan meninggalkan premis. Namun, lelaki itu mengikutinya.
Apabila beliau menyedari tentang ini, beliau berjalan dengan laju dan berhenti mengejut. Lelaki itu kemudian berhenti di depannya tetapi Tiara kemudian berpusing dan jalan ke kawasan sesak yang membolehkannya berjalan dalam bulatan.
“Saya ingat berjalan di gerai itu tidak kurang dari 6 kali cuba menghilangkan lelaki ini. Akhirnya saya berjaya melangkah keluar dan bersembunyi di belakang pengawal keselamatan. Dia dengan panik mencari saya. Hati saya berdegup kencang sepanjang masa.”
Seorang lelaki mengekorinya di pangsapuri
Tiara kemudian menceritakan pengalamannya seterusnya.
Once, my friend and I walked into the elevator of her building when we were followed by this man. When we got out on her floor, he asked for my number and I politely refused. He seemed not sober, and responded by letting out a huge scream and by punching the wall.
— Tiara Katrina Fuad (@TiaraKay) February 14, 2021
Menurutnya, beliau bersama rakannya berjalan ke lif pangsapuri ketika mereka diikuti oleh seorang lelaki. Apabila mereka keluar, lelaki itu meminta nombor Tiara dan dia menolak dengan sopan.
Lelaki tersebut dipercayai dalam keadaan tidak waras dan kemudian menjerit lalu menumbuk dinding.
Akibat dalam ketakutan, mereka berdua hanya berjalan di kawasan pangsapuri mereka kerena risau sekiranya mereka masuk dalam bilik, lelaki itu akan masuk dan mereka tidak dapat melepaskan diri.
Lelaki itu meninggalkan bangunan tersebut setelah beberapa lama.

Sekumpulan lelaki mengikuti beliau dan rakannya
Tiara berkongsi lagi pengalaman seterusnya.
Once, my brother, two friends and I went out. One of the friends received a call that someone he knew was in an accident, so he ran out to talk on the phone and my brother followed. The remaining female friend and I eventually decided to meet them at the car.
— Tiara Katrina Fuad (@TiaraKay) February 14, 2021
Pada satu ketika, beliau bersama abangnya dan dua rakan sedang lepak apabila salah seorang daripada rakan menerima panggilan kecemasan. Sementara rakan tersebut menjawab panggilan itu, abangnya mengikuti rakan berkenaan.
Tiara dan rakan perempuannya memutuskan untuk menunggu mereka di kereta.
Apabila mereka sedang dalam perjalanan ke kereta, mereka terserempak sekumpulan lelaki di tepi jalan. Kumpulan ini terus membuat komen seksual dan cuba menarik tangan mereka. Mereka terus berjalan dan salah seorang dari mereka mengikuti mereka, masih membuat komen seksual.

Marah dengan tindakan mereka, Tiara pusing dan menjerit kepada mereka. Namun, lelaki itu terus mengejar beliau dan mengancam untuk menyakiti beliau dengan serius.
“Saya suruh rakan perempuan saya berlari ke arah abang saya semasa saya membawa lelaki tersebut ke arah lain. Saya berjaya menghilangkan lelaki itu di khalayak ramai, sambil memikirkan benda yang boleh saya ambil untuk melawan.”
Gangguan dalam bas
Pengalaman seterusnya adalah apabila beliau berada di dalam sebuah bas dalam perjalanan pulang ke rumah.
Once, I was on the bus on the way home. A man sat next to me and purposely tried to inch his way closer. I inched myself away. Then, he put his arms around me. I moved seats. Then, he went to the back of the bus and cornered another woman.
— Tiara Katrina Fuad (@TiaraKay) February 14, 2021
Beliau menceritakan bahawa seorang lelaki sengaja hendak duduk rapat dengan beliau tetapi setiap kali ia berlaku, Tiara akan menjauhi diri. Lelaki tersebut lalu meletakkan tangannya di belakangnya, membuat Tiara terus memutuskan untuk tukar tempat duduk.

Lelaki itu kemudian pergi ke belakang bas dan cuba mengganggu seorang wanita lain.
“Setelah beberapa minit, saya terdengar wanita itu menjerit dengan air mata mengalir dari matanya. “Saya ok, tolong jangan kacau saya,” katanya. Saya dengan lantang memintanya untuk duduk bersama saya, berharap penumpang lain dapat melihat. Dia bergerak. Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang berdiri di sebelah tempat duduk kami bertanya kepadanya ke mana dia pergi,” katanya.
Mungkin sebab wanita itu letih menghadapi gangguan tadi, beliau menjawab “pulang.” Namun, lelaki kedua ini terus cuba mengganggunya sementara Tiara duduk di pertengahan mereka.
“Ya, dia telah menyaksikan apa telah berlaku tadi. Dia tak kisah. Malam yang sama, saya dan kawan saya terpaksa menghadapi tingkah laku pemangsa yang sama tidak kurang dari 3 kali berasingan sebelumnya. Yang pertama berterusan setelah sekian lama, yang kedua memukul rakan saya, dan yang ketiga memanggilnya “b*itch“,” tambahnya lagi.
“Saya janji kepada kamu, kejadian seperti ini berlaku pada malam dan siang hari, walaupun saya bersama rakan saya,”
Tiara mengatakan bahawa kesemua kejadian ini berlaku apabila beliau berseorangan, bersama rakan, apabila beliau menolak secara sopan dan apabila beliau mempertahankan dirinya secara agresif – siang dan malam.
“Saya janji kepada kamu, saya bukan seorang sahaja. Sekiranya anda merasa letih membaca ini, bayangkan mereka yang sentiasa diganggu, didera, dan diserang perlu menghadapi tindak laku yang sama berulang-ulang. Bayangkan trauma yang perlu dirasai setelah melaluinya, hanya diberitahu “tidak ada bahaya yang dilakukan” kerana anda berjaya melepaskan diri atau kata “tidak.” Kisah-kisah di atas, dan oleh begitu banyak orang yang telah berani tampil, mengungkapkan sesuatu yang sangat memalukan mengenai masyarakat di mana ini berulang kali terjadi – kami tidak memberikan perlindungan yang cukup untuk mangsa gangguan seksual, penderaan dan keganasan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi,
“Pengalaman ini adalah realiti hidup untuk kebanyakan wanita. Bilangan besar ini seharusnya menyebabkan kita berhenti untuk mencari alasan agar tidak percaya, dan mula mencari penyelesaian yang nyata untuk masalah yang mendasari.”

Jangan salahkan mangsa, jangan menggalakan ‘budaya rogol’ (rape culture)
Selagi kita bertahan dengan narasi bahawa seorang wanita “hanya kata tak nak”, di mana wanita perlu menyesuaikan cara pakaian atau berjalan atau hidup atau bernafas agar rasa lebih selamat, selagi itu kita tidak akan dapat menerima sepenuhnya kebenaran mengerikan yang akan sebaliknya mendorong kita untuk bertindak.
“Kebenaran yang mengerikan adalah bahawa naratif tersebut telah dicuba, diuji dan terbukti tidak penting. Tidak apabila seseorang yang merasa berhak melanggar tubuh dan keperibadian orang lain. Perasaan hak adalah masalah yang mendasari. Itulah yang dimaksudkan dengan “rape culture“. Itulah yang perlu kita bersama untuk menangani. Dan untuk melakukan itu, langkah pertama yang perlu adalah berhenti menyalahkan mangsa yang terselamat agar tidak diganggu, dianiaya, diserang,” tambahnya lagi.
Beliau mengakhiri ciapannya dengan mengatakan,
“Luangkan masa untuk membaca kisah-kisah mereka yang telah tampil – tweet yang dipetik ke pos mengenai cincin di atas adalah satu tempat untuk memulakan. Ini akan menjadi jelas bahawa wanita sudah mengambil banyak langkah untuk melindungi diri mereka sendiri, dan masalahnya masih berlanjutan. Saya harap itu membuat anda cukup marah kerana mahu melakukan sesuatu untuk mengubahnya.”
Sekiranya anda memerlukan sokongan dan bantuan, anda boleh menghubungi Sarawak Women For Sarawak Society (082-416 053).