• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok

Oleh
Ismail NA
2 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Uyeahh!

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok. Warga Kuching bakal menikmati pengalaman membeli belah yang berbeza apabila Emart cawangan Tabuan Jaya akan dibuka esok. Dengar khabar, banyak promosi dan aktiviti hebat menanti pelanggan yang datang ke sana. Oh yes!

Isi Isi Penting
  • Uyeahh!
  • Pasaraya pertama di Sarawak sediakan kaunter self-checkout
  • Ada ruang bakeri, makanan Jepun, dan banyak lagi!
  • 100 pelanggan pertama akan mendapatkan set goodies bag.
  • Menangi baucar tunai Emart dengan memuat naik gambar paling kreatif anda!
  • Tapak Emart Tabuan Jaya yang bakal dibuka esok merupakan bekas tapak bangunan Giant yang telah ditutup. Baca selanjutnya di sini :

Operasi pusat membeli belah tersebut akan bermula pada jam 8 pagi setelah upacara memotong riben dilakukan.

Terletak di Tabuan Tranquility, pusat membeli belah yang berkeluasan 126,000 kaki persegi dilengkapi dengan pasaraya tersebut bakal menyediakan pelbagai jenis barangan dan produk seperti buah-buahan segar tempatan dan import, barangan dapur dan barangan harian.

Masa operasi Emart Tabuan Jaya adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Sumber : FB Emart Malaysia

Pasaraya pertama di Sarawak sediakan kaunter self-checkout

Lebih menarik, Emart Tabuan Jaya merupakan pasaraya pertama di Sarawak yang menyediakan kaunter self-checkout. Melalui kaunter ini, pelanggan berpeluang untuk menjadi juruwang sendiri. Proses pembayaran dari mengimbas kod bar hingga membayar akan dilakukan sendiri oleh pelanggan.

Penyediaan kaunter ini tentunya dapat menjimatkan masa pelanggan daripada berbaris panjang dan menunggu giliran lama untuk membayar barangan yang dibeli.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Kredit : SQFEED JOURNAL

Ada ruang bakeri, makanan Jepun, dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, Emart Tabuan Jaya turut menyediakan ruangan makanan seperti ruang bakeri untuk roti dan pastri segar, Sushi Express Bar yang menampilkan pelbagai pilihan makanan Jepun.

Ruangan ‘Chicky Chicky’ pula khas untuk pelanggan menikmati pilihan makanan segera serta ruangan ‘Dreamy Creamy’ menawarkan pilihan pencuci mulut serta hidangan manis yang menyegarkan.

100 pelanggan pertama akan mendapatkan set goodies bag.

Sempena pembukaan Emart Tabuan Jaya juga, pasaraya tersebut bakal mengagihkan 100 set komplimentari beg goodies untuk 100 pelanggan pertama yang membeli belah di sana.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok

Menangi baucar tunai Emart dengan memuat naik gambar paling kreatif anda!

Pelanggan juga dialu-alukan untuk menjadi Emart Ambassador dan berpeluang memenangi baucar tunai Emart. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu memuat naik gambar paling kreatif anda di Emart Tabuan Jaya atau di booth bergambar Emart Tabuan Jaya. Kemudian, hantarkan gambar anda ke inbox Facebook Emart Tabuan Jaya.

Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan SarawakPay juga akan menerima rebat yang lebih tinggi apabila berbelanja di Emart Tabuan Jaya bermula 3 hingga 5 Julai 2020.

Jadilah ahli Emart dengan mengisi pendaftaran secara atas talian di pautan ini : REGISTER MEMBER EMART untuk menikmati pelbagai manfaat apabila anda membeli belah di sana.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Emart di pautan https://www.emart.my/ atau Facebook rasmi mereka, https://www.facebook.com/EmartMY

Tapak Emart Tabuan Jaya yang bakal dibuka esok merupakan bekas tapak bangunan Giant yang telah ditutup. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemohon Tingkatan 6 Kini Boleh Periksa Status Dalam Talian Pemohon Tingkatan 6 Kini Boleh Periksa Status Dalam Talian
Next Article Umum Tutup Sampai Bulan 12, Pelajar Tidak Setuju Dengan Pembukaan Semula IPT Umum Tutup Sampai Bulan 12, Pelajar Tidak Setuju Dengan Pembukaan Semula IPT

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?