“Kenapa buat keputusan terburu-buru?” – Netizen
Umum Tutup Sampai Bulan 12, Pelajar Tidak Setuju Dengan Pembukaan Semula IPT. Terkini, dilaporkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengumumkan pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut laporan, mesyuarat khas telah bersetuju untuk membuka semula IPT kepada pelajar tempatan dan antarabangsa. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana tarikh pembukaan akan diumumkan oleh Menteri KPT iaitu Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam masa yang terdekat.

“Habis duit bayar ticket flights,” – Netizen
Susulan pengumuman ini, kebanyakan pelajar IPT menyuarakan pendapat mereka menerusi Twitter dengan berkata mereka tidak setuju dengan keputusan tersebut. Hal ini kerana mereka diumumkan IPT akan ditutup sehingga bulan 12, malah telah belanjakan duit yang banyak untuk kosongkan asrama kolej, batalkan kontrak rumah sewa dan beli tiket penerbangan pulang ke negeri dan bandar masing-masing.
tak setuju. sangat tak setuju. u dah announce IPT tutup sampai bulan 12, some students dah terminate rumah sewa, ambil barang kosongkan kolej, sabah sarawak students dah habis duit bayar ticket flights. https://t.co/JErYjiDvm6
— ꨄ (@m1L10wh0) July 1, 2020
Salah seorang pengguna Twitter, @_nuyaaaa berkata,
“Kenapa buat semua keputusan terburu-buru? Sekejap tutup, sekejap buka, sekejap benarkan pelajar pulang pada awal PKP. sekejap tak boleh. Apa ini?”
Beliau berkata lagi, kebanyakan pelajar sudah penat-penat ambil barang dari luar negeri, belanja dalam beratus sehingga ada para ibu bapa yang bersusah ambil cuti untuk tolong anak mereka ambil barang dari kampus masing-masing dua, tingga minggu lepas.
“Tup2, nak buka balik. Jadi apa fungsi ambil barang semua tu kalau nak buka balik secepat ini? Mohon balik pada rancangan asal, buka Januari tahun depan. Ingat, bukan semua pelajar hidup senang,” ujarnya lagi.
Pengguna Twitter ini, @callmenisaa pula berpendapat sebilangan pelajar telah habiskan beratus ratus ringgit atas sebab mengosongkan barang di asrama dan ada yang mungkin telah belanjakan dalam beribu.
“Jadi bagi mereka yang tak faham kenapa ada yang tak setuju, cuba letakkan diri anda dalam posisi mereka.”

Pengguna Twitter ini pula berkata kementerian ini sentiasa buat keputusan berubah-ubah dan last minute sejak permulaan PKP.

Terdapat juga pelajar yang berpendapat lebih baik lagi mereka diberikan pilihan sama ada untuk kembali ke universiti atau tidak. Ada sebilangan yang teringin untuk belajar di universiti akibat ia sangat mencabarkan untuk mereka belajar di rumah.
“Kami perlu mengimbangkan semua jadual kelas, tanggungjawab dan kesihatan mental. Saya harap dia bagi keutamaan kepada pelajar tahun akhir universiti,” – @syazwanihanafii

Pendapat ini juga dikongsi oleh seorang pengguna Twitter lain iaitu @stilldanielj dimana lebih baik lagi jika pelajar diberi pilihan. Hal ini kerana pelajar-pelajar dari pedalaman boleh memilih untuk kembali ke universiti atas sebab kurang capaian internet yang membebankan mereka.

Apakah pendapat anda tentang keputusan ini? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini.