• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penghias Terbaru Di Padungan, Patung Naga Gergasi Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records

Oleh
Aina Musa
22 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penghias Terbaru Di Padungan, Patung Naga Gergasi Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records

Patung Eco Dragon dapat pengiktirafan

Penghias Terbaru Di Padungan, Patung Naga Gergasi Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records. Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ sekali lagi diberikan kepada Bandaraya Kuching yang berjaya menghasilkan sebuah patung naga terbesar daripada barang kitar semula.

Naga berukuran 60 sentimeter dan panjang 18.88 meter yang diletakkan bersebelahan tugu Kucing putih di bulatan Padungan itu dicipta sempena memperingati penubuhan bandar Kuching pada 1 Ogos 1988.

Penghias Terbaru Di Padungan, Patung Naga Gergasi Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records. Sumber: Facebook

Dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, beliau mengucapkan tahniah kepada Yayasan Tzu Chi Kuching kerana berjaya mencipta karya tersebut secara sukarela dengan menggunakan cakera padat, botol plastik, dan tin aluminium.

“Pembinaan ‘Eco Dragon’ mengambil masa kira-kira sebulan, iaitu lebih 1,500 jam dengan melibatkan kira-kira 400 pekerja sukarela.

“Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tzu Chi atas karya seni yang dihasilkan daripada sisa buangan kitar semula sehingga menjadi sesuatu yang bermakna.

“Sudah pasti tugu ini mempunyai makna dan menjadi simbolik mendalam kepada rakyat Sarawak khususnya sempena Tahun Naga yang baik dan untuk kesejahteraan bandaraya Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas melakukan simbolik pemasangan lampu patung kucing sempena Sambutan Tahun Baru Cina di sini, malam tadi.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata penciptaan Eco Dragon adalah bukti usaha kerjasama MBKS dengan persatuan luar untuk memartabatkan agenda persekitaran hijau di bandaraya Kuching.

Baca lagi artikel menarik:

Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records
Kuching Duduki Tangga Ke 14 Bandar Terbersih Di Dunia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Captain Beri Penjelasan Mengapa Tiket Ke Borneo Mahal
Next Article 11 Individu Didakwa Terlibat Dalam Sindiket Dadah Terbesar Sabah Berjaya Tumpas 11 Individu Didakwa Terlibat Dalam Sindiket Dadah Terbesar Sabah Berjaya Tumpas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?