• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records

Oleh
Nazihah AN
2 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Record

Tiang bendera tertinggi di Sarawak ini diiktiraf tertinggi di Asia Tenggara

Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records. Tiang Bendera Ibu Pertiwi Sarawak telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai tiang bendera tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan sijil MBOR daripada wakil MBOR Edwin Yeoh kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di Dataran Ibu Pertiwi.

Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records
Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records. Kredit gambar: Utusan Sarawak

Tiang Bendera Ibu Pertiwi adalah satu tambahan kepada senarai tarikan Kuching

Tiang bendera yang setinggi 99 meter itu dibina dengan kos RM30 juta dan telah dilancarkan secara rasmi semasa perayaan Countdown Tahun Baru 2024 di Kuching Waterfront semalam (31 Dis).

Pembinaannya dibiayai oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Shell dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Abang Johari berkata Tiang Bendera Ibu Pertiwi adalah satu tambahan kepada senarai tarikan Kuching dan kemudian, sebuah monumen akan didirikan di dataran itu yang menggambarkan sejarah pembangunan ekonomi di Negeri yang disumbang oleh Petros, Petronas dan Shell.

“Pembangunan Sarawak bermula dengan industri minyak dan gas pada tahun 1910 dan dari situ, kami merumuskan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) pada tahun 1958 untuk mengawal perlombongan minyak di Sarawak manakala pada tahun 1974, Petronas ditubuhkan untuk menguruskan industri tersebut.

“Hari ini, syarikat-syarikat minyak dan gas diuruskan bersama oleh kerajaan Sarawak melalui Petros dan kerajaan persekutuan melalui Petronas.

“Oleh itu, kami juga mahu mempamerkan sejarah pembangunan ekonomi Negeri dan itulah sebabnya Tiang Bendera Ibu Pertiwi dibiayai oleh Petros, Petronas dan Shell. Kami akan menggambarkan sejarah ketiga-tiga syarikat itu,” katanya.

Abang Johari juga mendedahkan bahawa projek pemcantikan di kawasan Fort Margherita akan merangkumi sebuah rumah teh ala Inggeris tradisional.

“Pendirian restoran itu akan menarik pelancong untuk menikmati hidangan tempatan dan pemandangan Kuching Waterfront dan ‘perahu tambang’ yang lalu lalang, agak sama seperti pemandangan di Amsterdam.”

“Justeru, saya serahkan kepada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak) untuk mempromosikan tempat ini dan tarikan lain di seluruh Sarawak,” tambahnya.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Abang Jo Jamin Anak Sarawak Bakal Nikmati Pendidikan Tinggi Percuma Pada Tahun 2026
Abang Jo Rasmi Umum Bendera Sarawak Kini Dikenali Sebagai Ibu Pertiwi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Jamin Anak Sarawak Bakal Nikmati Pendidikan Tinggi Percuma Pada Tahun 2026 Abang Jo Jamin Anak Sarawak Bakal Nikmati Pendidikan Tinggi Percuma Pada Tahun 2026
Next Article Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?