• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Pau Taman Desa Ilmu, Pau Enak RM 1.50 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan

Oleh
Ismail NA
10 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pau Taman Desa Ilmu, Pau Enak RM 1.50 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan

Biar betul RM 1.50 sahaja

Pau Taman Desa Ilmu, Pau Enak RM 1.50 Sebesar Tapak Tangan Di Samarahan. Pau merupakan hidangan yang berasal dari China. Ia juga digelar baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow dan kebiasaannya diisi dengan inti seperti manisan, inti berdaging atau sayur-sayuran.

Siapa yang tak suka pau gebu, montok lagi padat intinya? Penduduk Kota Samarahan pastinya sangat kenal akan kehadiran sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai jenis pau ini. Walau pun terletak di kawasan perumahan yang agak terselindung dari jalan besar, namun kehebatan pau ini boleh dihidu di mana-mana. Inilah Pau Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.

13 Jenis Inti Jadi Pilihan, Berbaloi Giler

Terletak di Lorong 4, Taman Desa Ilmu (lorong seberang Taka Desa Ilmu), pau ini hanya dijual dengan harga RM 1.50 sahaja. Tidak seperti kebanyakan pau yang dijual pada waktu pagi dan petang, jualan pau ini dibuka pada waktu malam.

Menurut pelanggan yang datang ke sini, keunikan pau Taman Desa Ilmu ini adalah saiz pau nya yang besar. Jika dibandingkan, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa. Selain itu, pau ini juga dijual dengan variasi 13 jenis inti. Cadangan kami, pau yang anda mesti cuba ialah pau black pepper, pau corned beef, dan pau butter milk. Nang nyaman!

Bagi anda yang ingin merasai keenakan pau signature Kota Samarahan ini, anda boleh datang ke sini pada sekitar jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Tapi, jika anda berlengah, mungkin anda akan terlepas peluang kerana jualan pau di sini laku keras.

Alamat
Waktu operasi

Pau Ali Uwais, 18, Lorong Desa Ilmu 4, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

8.30 malam hingga 12 tengah malam

Lagi lokasi best untuk makan-makan di Kota Samarahan:

Banyak Topping Menarik, Jom Makan Cakoi Di Stall Raja Cakoi Kota Samarahan
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkejut Bil Cecah RM 6K, Wanita Ini Persoal Prosedur Tidak Telus Syarikat Elektrik Sarawak Wanita Ini Terkesima Terima Bil Elektrik Cecah RM 6K Lepas Tukar Meter Baru
Next Article Lelaki Ini Jelaskan Sejarah Dan Asal Usul Malaysia Mendapat Nama Lelaki Ini Jelaskan Sejarah Dan Asal Usul Malaysia Mendapat Nama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?