• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja

Oleh
Ismail NA
3 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Yah! Dah bukak nya lok!

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja. Tahukah anda bahawa panggung wayang di Sarawak sudah boleh dibuka semula? Pengumuman tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Rabu lalu. Melalui pengumuman tersebut, panggung wayang di Sarawak dibenarkan buka untuk tayangan filem berkuat kuasa serta merta.

Isi Isi Penting
  • Yah! Dah bukak nya lok!
  • mmCineplexes, MBO dan TGV buka panggung wayang hari ini
  • mmCineplexes jual set tiket RM 80 sahaja, sah selama 6 bulan!
  • Tiket wayang serendah RM 5 sahaja di semua pawagam Sarawak
  • Baca juga artikel lain yang menarik :

Yeay!

mmCineplexes, MBO dan TGV buka panggung wayang hari ini

Susulan pengumuman tersebut, semua panggung wayang di Sarawak kembali menayangkan filem kepada orang ramai bermula hari ini.

Dua cawangan mmCineplexes yang telah mula beroperasi hari ini ialah di Riverside Kuching dan Summer Mall, Kota Samarahan.

Walau bagaimanapun, hanya dua filem lama yang ditayangkan semula di mmCineplexes buat masa ini iaitu IP Man 4 : The Finale dan Rasuk 2.

Berita baik nya pula, anda hanya perlu membayar harga tiket serendah RM 5 sahaja untuk menonton tayangan filem di pawagam ini. Murah sangat ni!

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja
Sumber : FB mmCineplexes

mmCineplexes jual set tiket RM 80 sahaja, sah selama 6 bulan!

Bukan itu sahaja, mmCineplexes turut mengadakan promosi flash sale set tiket wayang berharga RM 80. Dengan pembelian set tiket ini, anda akan mendapatkan 10 tiket wayang percuma untuk mana-mana tayangan filem.

Bukan itu sahaja, baucar tiket wayang ini sah selama 6 bulan di semua lokasi pawagam mmCineplexes. Anda boleh membuat pembelian secara terus di kaunter pawagam.

Kredit : Pinterest

Boleh lah mewayang puas-puas lepas ni! Best eh!

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja
Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja
Sumber : FB mmCineplexes

Tiket wayang serendah RM 5 sahaja di semua pawagam Sarawak

MBO Cinemas juga telah mula dibuka hari ini dengan waktu operasi yang berbeza daripada sebelumnya.

Waktu operasi MBO di The Spring Kuching akan bermula pada jam 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dibuka bermula jam 3 petang pada hari Khamis dan Jumaat manakala bagi Sabtu dan Ahad, ia dibuka bermula jam 12 tengah hari.

Mereka pun ada tawaran tiket RM 5, gais!

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja
Sumber : FB MBO Cinemas

Selain itu, TGV juga turut memaklumkan pembukaan panggung wayangnya bermula hari ini. Tiket nya juga boleh dibeli serendah RM 5 di laman sesawang atau aplikasi TGV Cinemas. Namun, TGV’s Candy Bar nya tidak akan dibuka sehingga waktu yang akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, GSC turut mengumumkan pembukaan panggung wayangnya di Sarawak bermula hari ini. Pengumuman tersebut tentunya melalui poster uniknya yang berbahasa Sarawak sekali lagi.

Cawangan yang akan dibuka untuk tayangan esok ialah GSC CityONE Kuching serta GSC Bintang Megamall, Miri.

Mereka juga menawarkan tiket serendah RM 5 untuk filem tayangan semula seperti Train To Busan, Spider Man, Jumanji, Venom, Bloodshot, Pee Nak 2, Baaghi 3 dan Walter.

Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja
Sumber : FB GSC Cinemas

Namun begitu, SOP baharu yang mesti anda patuhi apabila menonton wayang di GSC adalah seperti larangan membawa makanan dan minuman sendiri serta memakai pelitup muka sepanjang masa.

Apa tunggu lagi? Luangkan masa hujung minggu anda di panggung wayang kesukaan anda.

Jangan lupa, sentiasa amalkan SOP dan jaga kebersihan diri!

Baca juga artikel lain yang menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia, MAS dan Malindo Air Batal Semua Penerbangan Ke Sarawak Sehingga 30 April 2020 Syarikat Penerbangan Digesa Turunkan Harga Tiket Kembali Seperti Harga Asal Sebelum PKP
Next Article Ashley's Sack, Kisah Beg Guni Bersulam Milik Hamba Kanak-Kanak Kurun Ke-18 Ashley’s Sack, Kisah Beg Guni Bersulam Milik Hamba Kanak-Kanak Kurun Ke-18

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?