• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
30 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Mereka mengikuti kelas dalam talian di atas bot sejak pelaksanaan PKP pada tahun lepas lagi.

PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak. Demikian adalah pengorbanan adik-adik ini dalam menempuhi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di dalam bot berhujan hanya berbekalkan payung kerana ingin mendapatkan jaringan internet.

Isi Isi Penting
  • Mereka mengikuti kelas dalam talian di atas bot sejak pelaksanaan PKP pada tahun lepas lagi.
  • PdPR di dalam bot dalam keadaan hujan lebat di Sungai Sawai
  • Menyukarkan ketiga-tiga mereka untuk menyiapkan dan menghantar kerja sekolah
  • Sungai tersebut ada buaya dan perkara itulah paling merisaukan
PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak
PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak

PdPR di dalam bot dalam keadaan hujan lebat di Sungai Sawai

Dipetik daripada Utusan Borneo, oleh kerana tiada line internet di Kampung Sawai Matu, 3 pelajar ini terpaksa mengikuti sesi PdPR di dalam bot dalam keadaan hujan lebat di Sungai Sawai berhampiran Batang Lassa. Perkara tersebut telah mendapat perhatian setelah ianya tular di Facebook milik salah seorang abang kepada 3 pelajar itu.

Pemilik akaun Facebook tersebut iaitu Carry Alwind berusia 19 tahun, bersama adiknya dan dua lagi sepupunya mengikuti kelas dalam talian di atas bot sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas lagi.

Menurut Carry yang kini berada di Bintulu kerana masih melanjutkan pelajarannya di Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, adiknya, Danniella Ines, berusia 17 tahun, adalah pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batang Igan, manakala dua orang sepupunya, iaitu Nick Nazuel Juria, 16 tahun, dan Sherly Erina, 19 tahun, masing-masing kini menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan Politeknik Mukah.

PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak

Menyukarkan ketiga-tiga mereka untuk menyiapkan dan menghantar kerja sekolah

Dia menjelaskan bahawa, kerana tiadanya jaringan internet di kawasan rumah telah menyukarkan ketiga-tiga mereka untuk menyiapkan dan menghantar kerja sekolah terutama yang perlu dihantar segera.

“Itulah rutin harian mereka jika ada kelas atas talian atau PdPR sejak PKP tahun lalu. Dari rumah, mereka akan menaiki bot dan menempuh perjalanan kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke tebing sungai berhampiran yang mempunyai capaian internet lebih baik.

“Ada ketika mereka terpaksa menggunakan payung untuk berlindung dari hujan dan panas dan kadang-kadang terpaksa belajar dalam keadaan pakaian basah kuyup jika hujan lebat,” katanya.

Carry memberitahu ibu dan saudaranyalah yang sering membantu mereka menjadi pemandu bot dan menemani mereka mengikuti PdPR berkenaan.

“Selain mereka bertiga, terdapat pelajar lain juga di kawasan tebing tersebut yang turut senasib dengan mereka,” katanya.

Sungai tersebut ada buaya dan perkara itulah paling merisaukan

Carry berkata, Sebelum ini, mereka bertiga tinggal di asrama, namun akibat pelaksanaan PKP menyebabkan mereka terpaksa pulang ke rumah dan mengikuti kelas secara atas talian.

“Masalah liputan internet adalah cabaran utama mereka untuk mengikuti PdPR. Meskipun kawasan tebing sungai tempat mereka belajar mempunyai capaian internet, tetapi masih lemah.

“Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti PdPR dengan baik dan selesa,” katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa, jika untuk mendapat capaian internet lebih baik, mereka terpaksa pergi ke pasar Matu yang mengambil perjalanan kira-kira satu jam setengah.

Berkat semangat dan ketekunan Carry, adiknya dan sepupunya, mereka tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran walaupun mereka terpaksa berusaha lebih daripada pelajar lain. Namun, tidak dapat dinafikan dia sememangnya risau akan keselamatan mereka apabila memikirkan bahaya dan risiko yang terpaksa dihadapai ketika mengikuti PdPR di atas bot.

“Sungai tersebut ada buaya dan perkara itulah paling merisaukan saya setiap kali mereka ke tebing sungai tersebut. Satu lagi cabaran yang terpaksa mereka tempuh ialah apabila enjin bot rosak. Keadaan ini menyebabkan mereka terlepas mengikuti sesi PdPR jika ada kelas pada hari tersebut,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Kes COVID-19 Di Sarawak Turun Mendadak, 242 Kes Positif Dilaporkan Pada Hari Ini
Next Article Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?