• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai

Oleh
Ismail NA
30 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berikut adalah garis panduan pelaksanaan akad nikah pasangan Islam dalam negeri Sarawak dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai. Majlis Islam Sarawak telah menetapkan garis panduan terkini untuk pelaksanaan akad nikah pasangan orang Islam di negeri ini. Garis panduan ini adalah untuk pelaksanaan sepanjang tempoh kawalan pergerakan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad nikah hanya boleh dilaksanakan sekiranya :

  • Pasangan telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Bahagian/Pejabat Agama Islam Daerah
  • Telah mendapat tarikh akad nikah yang baharu setelah mengisi borang penetapan semula tarikh akad nikah semasa PKP

Sepanjang tempoh ini, beberapa garis panduan yang ketat telah dimuktamadkan seperti berikut;

  1. Akad nikah pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Bahagian/Daerah dan premis Majlis Islam Sarawak.
  2. Jumlah kehadiran maksimum adalah adalah seramai 8 orang termasuk jurunikah dan saksi, serta tertakluk kepada kapasiti ruang yang digunakan.
  3. Mengimbas kod QR MySejahtera dan menyatakan status risiko diri dalam aplikasi tersebut kepada petugas premis. Hanya individu yang disahkan memiliki risiko rendah sahaja dibenarkan masuk.
  4. Mengimbas suhu badan. Suhu melebihi 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan masuk.
  5. Sentiasa memakai pelitup separuh muka.
  6. Mencuci tangan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
  7. Melakukan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap orang yang hadir.
  8. Tempoh akad nikah tidak melebihi 20 minit termasuk bacaan lafaz taklik.
  9. Majlis adat seperti pertukaran barang hantaran, menyarung cincin dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
  10. Kenduri bagi meraikan akad nikah ini tidak dibenarkan.
  11. Mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.
  12. Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 20 Zulkaedah 1442 H bersamaan dengan 1 Julai 2021 dan boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Pasangan yang ingin menetapkan semula tarikh akad nikah selepas PKP boleh berbuat demikian dengan mengisi borang di pautan https://tinyurl.com/36YK35YU atau mengimbas kod QR seperti dalam poster berikut.

Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai
Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai
Sumber : UKAS
Akad Nikah Di Sarawak Hanya Boleh Dijalankan Selama 20 Minit Di Pejabat Agama Mulai 1 Julai
Sumber : UKAS

Jika anda berhasrat untuk bernikah dalam masa terdekat, sentiasa patuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan kekal selamat.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PdPR Dalam Bot Demi Jaringan Internet, Inilah Nasib Pelajar Di Kampung Sawai Matu Sarawak
Next Article Luaskan Pasaran, Cawangan Ke-10 Pasaraya Emart Summer Mall Samarahan Dibuka Secara Rasmi Jumaat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?