• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan

Oleh
Husna Hazmi
26 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki berusia 57 tahun ditahan mencabul penghantar makanan.

Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan. Dilaporkan, seorang lelaki berusia 57 tahun telah diberkas pihak berkuasa gara-gara melakukan perbuatan jijik dengan mencabul seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan pada Selasa lalu di Tapah.

Menurut laporan daripada Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa lelaki berusia 34 tahun berkenaan telah mendakwa suspek memegang kemaluan serta mencium pipinya ketika menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di Sungkai, Tapah.

Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan
Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan. Gambar sekadar hiasan

Laporan polis dibuat oleh mangsa

Dikatakan bahawa pada 24 Ogos sekitar jam 9.30 malam, pihak Polis Daerah Tapah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Dalam laporan yang diterima berkenaan, mangsa telah menyatakan bahawa ketika menghantar pesanan makanan di makanan di sebuah rumah di kawasan Sungkai, Tapah, mangsa telah dicabul oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cara memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.

Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan
Gambar sekadar hiasan

Siasatan telah dijalankan ke atas suspek

Oleh demikian, siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek dibuat pada hari yang sama lebih kurang jam 10.30 malam, kata Ketua Polis Daerah Tapah dalam kenyataan pada Jumaat.

Suspek walaubagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam (25 Ogos).

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman ini.

Lagi artikel untuk anda di sini:

Bengang Jadi ‘Bahan’ Netizen, Abang Tesla Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Dua
Dakwa Sindiket Pemerdagangan Manusia Di Sarawak, 12 Warga India Berjaya Diselamatkan
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Lepak Baru, Sharing Planet Stapok Berkonsepkan Kabin
Next Article Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah ‘Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?