• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah ‘Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai’

Oleh
Husna Hazmi
26 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Video tular Abang Tesla masih lagi jadi perbualan hangat orang ramai.

Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah ‘Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai’. Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang influencer TikTok di Malaysia iaitu Abang Tesla di mana dia telah memuatnaik video dirinya meminta restu isteri pertama untuk berkahwin buat kali kedua.

Kecoh satu Malaysia perkongsian tersebut, video itu bukan sahaja mendapat pelbagai kecaman namun ia juga telah mendapat perhatian dari orang ramai.

Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah 'Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai'
Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah ‘Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai’

Video parodi selesai solat bagai persenda agama

Setelah video tular Abang Tesla berkenaan, TikTok terus dibanjiri oleh video-video parodi di mana ramai yang melakonkan semula adegan di dalam video tersebut. Perkara ini bagaimanapun telah mendapat teguran daripada pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee.

Beliau juga turut menegus influencer tersebut mengatakan isu rumah tangga tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum yang boleh memberi kesan kepada maruah suami dan isteri.

Dalam masa yang sama beliau juga turut menegur netizen yang membuat lakonan semula memaparkan suami meminta izin untuk berkahwin kagi selepas selesai solat seperti memepersendakan agama. Beliau juga menasihati orang ramai agar berpada-pada dalam membuat content yang negatif kerana ia boleh mengundang dosa.

Video Parodi Abang Tesla Berleluasa, Ustaz Pula Kecam Guna Istilah 'Isteri Pertama Untuk Dicintai Isteri Kedua Untuk Dihargai'

Istilah ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ sesat jika diguna

Tak habis di situ sahaja, setelah tular video Abang Tesla minta izin isteri pertama kahwin kali kedua, tular pula pelbagai istilah di media sosial menganai isteri pertama dan isteri kedua.

Istilah ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ menjadi perbualan hangat netizen kini dimana ramai mula menggunakan istilah ini.

Perkara ini kemudiannya telah mendapat perhatian daripada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus di mana beliau berkata, jika ada individu yang mengamalkan istilah tersebut sememangnya dia telah sesat dan balasannya adalah neraka.

Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa itu hanya perkataan yang dimainkan netizen, jadi kita nak ikut netizen atau hadis? Kalau ikut netizen maka sesatlah dirimu dan jumpa api neraka.

“Hanya dua perkara sahaja yang kita perlu ikut iaitu al-Quran dan hadis, jika kita tidak ikut kedua-dua ini, maka kita akan sesat,” katanya dalam video ceramah yang dikongsi di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Beliau juga menasihati orang ramai agar menulis perkara yang baik dan perasaan isteri pertama supaya tidak menjadi mangsa kecaman orang lain. Jelas beliau lagi isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab yang akan ditanya di akhirat nanti.

Oleh itu, sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini di mana kita perlu sentiasa berhati-hati serta berpada-pada dalam memuatnaik perkara di media sosial.

Baca lagi artikel di sini:

Bengang Jadi ‘Bahan’ Netizen, Abang Tesla Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Dua
Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan
SUMBER :mStar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pegang Kemaluan, Cium Pipi, Lelaki Ditahan Cabul Penghantar Makanan
Next Article Hidangan Mi Kolok 'Seafood' Jadi Sajian Istimewa Di Mi Kolok Awin Jalan Padungan Hidangan Mi Kolok ‘Seafood’ Jadi Sajian Istimewa Di Mi Kolok Awin Jalan Padungan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?