• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong

Oleh
Nazihah AN
9 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Nyaris Maut Diserang Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong

Kejadian berlaku di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak

Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong. Seorang lelaki nyaris maut selepas diserang dua ekor buaya sewaktu menjala ikan/udang di Sungai Sebatang Ulu, Tanjung Kidurong, Bintulu pada jam 7 malam Khamis lalu.

Dilaporkan dari media tempatan, mangsa mengalami luka parah di kaki bahagian peha dan betis akibat digigit oleh haiwan buas itu.

Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong
Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati di kawasan perairan kerana buaya bersikap aktif pada musim mengawan

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Batholomew Umpit mengeluarkan kenyataan hari ini, mengesahkan menerima laporan berkenaan insiden berkenaan sekitar jam 9 pagi semalam.

Kes tersebut kemudian diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi menjalankan siasatan lanjut kerana ianya melibatkan kes serangan buaya.

Sementara itu, menurut ipar kepada mangsa semasa kejadian, mangsa sedang menjala udang sebelum digigit oleh dua ekot reptilia ganas tersebut pada bahagian betis dan peha dan di kaki kiri.

Mangsa menjerit meminta pertolongan dan kemudian ditarik kedua-dua sepupunya ke tebing sungai bagi mengelak daripada diseret reptilia ganas tersebut ke dasar sungai.

Mangsa kini telah diberikan rawatan lanjut di hospital Bintulu dan berada dalam keadaan stabil.

Turut diingatkan kepada masyarakat di luar, pihak SFC telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi untuk elakkan haiwan ternakan dari sungai-sungai atau parit dan laporkan penampakkan buaya dengan segera.

Turut disarankan agar lebih berhati-hati turun ke dasar sungai atau aktiviti menjala dari bulan November hingga Mac kerana buaya bersikap aktif pada musim mengawan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis
Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat
SUMBER :Buletin TV9
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah
Next Article Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?