• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
8 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa, Kuching.

Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching. Dilaporkan bahawa, pegawai kanan berpangkat Inspektor merupakan antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri Jalan Batu Kawa pada Rabu lepas. 

Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching
Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching. Gambar sekadar hiasan

Berjaya menangkap sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 16 hingga 39 tahun

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan tangkapan tersebut, hasil serbuan yang dijalankan sekitar jam 10 pagi pada 3 November lalu itu berjaya memberkas sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia antara 16 hingga 39 tahun. 

“Satu tangkapan ‘parti liar’ di sebuah rumah pangsapuri, Jalan Batu Kawa yang mana hasil serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, telah menahan seramai sembilan lelaki dan lima wanita, kata beliau dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata dalam serbuan tersebut seorang pegawai kanan berpangkat Inspektor, seorang pegawai rendah polis berpangkat Koperal, seorang penolong pegawai kesihatan dan juga seorang pelajar perempuan tingkatan 4 telah ditahan.

Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching
Gambar sekadar hiasan

14.57 gram Ketamin, 14 pil Ekstasi dan 5 biji pil Eramin dirampas  

Di samping itu, pihak berkuasa juga telah merampas sebanyak 14.57 gram Ketamin, 14 pil Ekstasi dan 5 biji pil Eramin semasa serbuan tersebut. 

“Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua tangkapan didapati positif Methaphetamine dan Amphetamine,” tambahnya lagi. 

Tegas beliau, kes telah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. 

“Kesemua suspek kini direman di lokap Siburan dan di lokap Baratok, IPD Padawan sehingga 8 November 2021,” tambah beliau. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Next Article Bayar Guna Touch ‘n Go e-Wallet, Dapat Diskaun Sehingga 15% Harga Tiket Domestik MAS! Ini Caranya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?