• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan

Oleh
Ismail NA
8 November 2021
Kongsi
8 Min Bacaan

Tak guna tiket murah kalau selalu bermasalah. Hmm.

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan. Ramai individu yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Apatah lagi, pada waktu ini, pergerakan merentas negeri sudah dilonggarkan. Maka, anak-anak perantau yang sudah lama tidak menjenguk ibu bapa di kampung berpusu-pusu membeli tiket pulang.

Isi Isi Penting
  • Tak guna tiket murah kalau selalu bermasalah. Hmm.
  • “Tambang rendah terbaik di alam semesta”
  • Batal, kemudian reschedule sebanyak 2 kali dalam sehari!
  • Pengurusan kaunter daftar masuk yang ‘lembap’
  • EnterSarawak pula…
  • Dugaan yang tak habis lagi
  • Pesanan Awang : “Datang 1 minggu awal ke lapangan terbang kalau nak selamat”
  • ***Kemaskini : Maklum balas daripada AirAsia
  • Baca juga panduan ini sebagai langkah ‘sediakan payung sebelum hujan’ :

Namun demikian, nasib yang kurang baik pula menimpa seorang anak perantau ini. Menerusi coretannya di laman Facebook, pengguna yang bernama Awang Putut ini menceritakan semula pengalaman yang tidak berapa manisnya sewaktu ingin pulang semula dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuching, Sarawak.

“Tambang rendah terbaik di alam semesta”

Jelas Awang, beliau ditinggalkan oleh pesawat penerbangan tambang murah dari Kota Kinabalu ke Kuching. Melihatkan kepada situasi semasa yang sudah tidak mewajibkan kuarantin untuk kemasukan semula ke Sabah, Awang membuat keputusan untuk pulang dengan menempah tiket penerbangan yang digelarnya sebagai ‘tambang rendah terbaik di alam semesta’.

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan. Kredit : FB Awang Putut

Batal, kemudian reschedule sebanyak 2 kali dalam sehari!

Namun demikian, satu demi satu episod buruk menimpa beliau. Setelah satu hari membeli tiket penerbangan untuk pulang semula ke Kuching, beliau mendapat sebuah emel yang menyatakan bahawa penerbangan pada tarikh asalnya iaitu 6 November telah dibatalkan. Masalah tersebut selesai apabila beliau bertindak pantas ke kaunter syarikat penerbangan itu dan menukarnya ke tarikh yang baharu iaitu 7 November 2021 pada jam 8 malam.

“Pandai betul mereka buat duit. Batal sesuka hati ibarat membatalkan pesanan kek lapis 30 loaf untuk hari raya,”

Awang Putut
Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Kredit : FB Awang Putut

Dugaannya tidak terhenti di situ. Penerbangan yang telah ditukarnya ke tarikh yang baharu dijadualkan sehingga 2 kali dalam hari yang sama! Pesawat yang pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 8 malam ditunda ke jam 3.45 petang dan sekali lagi dianjakkan lebih awal kepada jam 8 pagi. Maka, Awang pun pergi ke lapangan terbang seawal jam 5 pagi untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini di lapangan terbang kelak.

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Emel pembatalan dan penjadualan semula penerbangan yang diterima oleh Awang Putut. Kredit : FB Awang Putut

Pengurusan kaunter daftar masuk yang ‘lembap’

Urusan yang dijangkakan lancar dan mudah kerana kehadirannya yang awal di lapangan terbang rupanya tetap diduga. Menurut Awang, pihak syarikat penerbangan tambang murah tersebut hanya membuka 2 kaunter sahaja walaupun penumpang pelbagai destinasi sudah berbaris panjang.

Apabila tinggal 1 jam sahaja lagi sebelum pesawat berlepas, barulah syarikat penerbangan tersebut membuka lagi 2 kaunter lain untuk urusan daftar masuk (check-in) dengan keutamaan diberikan kepada penumpang pesawat Kota Kinabalu ke Kuching.

EnterSarawak pula…

Kelegaan yang dirasakan oleh Awang tidak bertahan lama. Beliau diberitahu oleh pegawai penerbangan agar diwajibkan untuk menyertakan surat kelulusan EnterSarawak walaupun beliau yakin tergolong dalam kategori yang tidak perlu mengisi borang dalam talian itu (berdasarkan kemaskini SOP baharu yang bertarikh 19 Oktober 2021). Awang yang merupakan rakyat Sabah yang bekerja di Sarawak terpaksa akur dan mengisi EnterSarawak pada 30 minit sebelum berlepas. Pegawai tersebut pula meyakinkan Awang bahawa kelulusan akan diperolehi dalam masa kurang 10 minit. Kalau korang, mesti ada yang dah putus harapan dah waktu macam ni kan?

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Sumber : SDMC
Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Sumber : SDMC

Namun demikian, kelulusan hanya masuk ke emel Awang pada jam 7.53 pagi. Pada waktu ini, barulah Awang dibenarkan masuk ke balai pelepasan dalam keadaan tergesa-gesa.

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Kredit : FB Awang Putut

Dugaan yang tak habis lagi

Dalam waktu yang genting itu, Awang sekali lagi tertipu dengan maklumat pintu berlepas yang tidak tepat dari kaunter check-in. Pada waktu beliau tiba di pintu berlepas yang sebenar, lelaki malang ini dihalang untuk memasuki pesawat. Nasib tidak baik Awang ini dikongsi bersama 3 penumpang lain yang turut dihalang masuk ke dalam pesawat.

Usahanya merayu untuk dibenarkan masuk tidak kesampaian. Walaupun akur dengan situasi ditinggalkan pesawat itu, Awang menceritakan dengan nada sinis bahawa pihak syarikat penerbangan tersebut terpaksa mencari semula bagasi Awang yang telah dimasukkan ke dalam pesawat.

“Rupanya lagi senang cari bagasi itu jika dibandingkan dengan membenarkan saya masuk ke dalam pesawat pada saat akhir,”

Asyik Batal Tanpa Sebab, Lelaki Ini Tetap Ditinggal Pesawat Ke Kuching Kerana Kelembapan Syarikat Penerbangan
Kredit : FB Awang Putut

Nasib baik penerbangan Awang dapat ditukar kepada keesokan harinya. Walau bagaimanapun, Awang mengambil positif akan hikmah yang berlaku di sebalik peristiwa tersebut. Setidak-tidaknya, beliau dapat meluangkan satu hari lagi bersama keluarga tersayang.

Pesanan Awang : “Datang 1 minggu awal ke lapangan terbang kalau nak selamat”

Awang turut memberi pesanan dalam nada menyindir dengan mengatakan bahawa penumpang yang akan datang perlu datang awal, sekurang-kurangnya 1 minggu jika mahu selamat. Anda juga boleh menunggu di lapangan terbang sambil busking, menyanyi dan bermain gitar dengan rakan-rakan. Sampai macam tu sekali ya bila kena dengan syarikat tambang murah ni.

Akhir sekali, beliau mengakui kelemahan penerbangan tambang murah ini seperti yang selalu diperkatakan oleh orang ramai. Batal sesuka hati, penjadualan semula pun sesuka hati tetapi tidak ada belas kasihan sekiranya penumpang lambat.

Bak katanya, “Penerbangan tambang rendah terbaik di bumi,”.

***Kemaskini : Maklum balas daripada AirAsia

Sehubungan itu, AirAsia telah menghubungi pihak I Love Borneo untuk menyatakan maklum balas berkenaan perkara ini. Syarikat penerbangan ini menjelaskan bahawa pihaknya menyedari bahawa terdapat segelintir pelanggan yang menghadapi gangguan penerbangan. Hal ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan semasa SOP dan prosedur penerbangan daripada pihak kerajaan serta had masa operasi di sesetengah lapangan terbang.

Bagi menangani masalah yang menimpa pelanggan ini, emel pemakluman akan terus dihantar kepada pelanggan secepat yang mungkin berserta alternatif penerbangan yang boleh diambil oleh pelanggan.

Susulan kesulitan yang dihadapi oleh Awang Putut, pihak AirAsia telah menawarkan 2 pilihan untuk pelanggan yang terjejas;

  1. Meminda tarikh penerbangan tanpa had. Pindaan juga tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan.
  2. Menukarkannya kepada Kredit Akaun. Kredit akaun ini sah untuk tempahan penerbangan sehingga 2 tahun akan datang.

Apa-apa pun, buat pelanggan yang akan menaiki sebarang penerbangan pada masa akan datang, anda dinasihatkan untuk turut membeli insurans penerbangan bagi memudahkan sebarang urusan dan gangguan sewaktu perjalanan anda. Stay safe, okay?

Baca juga panduan ini sebagai langkah ‘sediakan payung sebelum hujan’ :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menghidapi Anemia Aplastik, Budak Dari Kuching Ini Memerlukan Bantuan Penderma Darah Menghidapi Anemia Aplastik, Budak Dari Kuching Ini Memerlukan Bantuan Penderma Darah
Next Article Pegawai Kanan Polis Dan Remaja 16 Tahun Antara 14 Individu Diberkas Terlibat Parti Liar Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?