• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara

Oleh
Husna Hazmi
21 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pekerja buruh tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan.

Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara. Dilaporkan bahawa seorang buruh telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesi di Kuching semalam setelah dia mengaku bersalah atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur, berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui chat application.

Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara
Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara. Kredit gambar: The Borneo Post

Hukuman 2 sebatan ke atas Iskandar Lasot, berusia 37 tahun

Hakim Maris Agan juga menjatuhkan hukuman 2 sebatan ke atas Iskandar Lasot, berusia 37 tahun, setelah mensabitkannya di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan, Iskandar Lasot telah dituduh merogol mangsa antara 21 dan 22 Februari tahun ini, berhampiran sebuah ladang udang di Jalan Rambungan, Lundu.

Semasa perbicaraan semalam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa mangsa adalah teman wanitanya dan bahawa mereka telah menjalin hubungan sejak Januari tahun ini.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa mangsa turut berniat melarikan diri dari rumah sebanyak empat kali.

Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara

Dia sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan

Namun, hakim mengatakan kepada tertuduh bahawa dia sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan daripadanya.

Tertuduh turut meminta pengurangan hukuman agar tidak dijatuhkan hukuman berat dengan alasan dia merupakan pencari nafkah keluarganya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Koronavirus Baharu Ditemui Di Sarawak, Melibatkan Transmisi Antara Haiwan Dan Manusia
Next Article Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?